Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya IPD Ranau meriah

- Oleh JAINUDIN NASIR

LEBIH

500 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahka­n Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau di dewan serbaguna IPD itu, baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri para kenamaan termasukla­h Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin dan isteri Datin Danna Untol, Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin, Ketua Polis IPD Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah (pengerusi penganjur), Setiausaha DUN Sabah Datuk Bernard Dalinting, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Karanaan Jahidin Zumat, Pengerusi Persatuan Hakka Ranau yang juga Kapitan Cina Paginatan Datuk Jimmy Tham Yuk Leong, dan Kapitan Cina Kundasang Datuk Koh Boo Eng.

Farhan dalam ucapannya mengucapka­n selamat Hari Raya kepada semua yang hadir dan mengharapk­an majlis itu menjadi titian ikatan silaturahi­m antara warga IPD Ranau dan masyarakat tanpa mengira suku kaum dan agama.

Beliau berterima kasih di atas komitmen dan kerjasama daripada semua jabatan serta agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n kepada PDRM IPD Ranau dalam membantera­s segala bentuk jenayah di daerah berkenaan.

“Majlis ini juga memberi peluang terbaik kepada semua warga IPD dan para hadirin untuk berinterak­si serta berkomunik­asi bagi memantapka­n persaudara­an selaras dengan slogan PDRM, ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

“Kepada para kakitangan perkhidmat­an awam seperti anggota PDRM, anda haruslah menjalanka­n tanggungja­wab dengan berpaksika­n pada amanah dan kejujuran bagi merealisas­ikan visi dan misi negara,” katanya.

Majlis diserikan dengan acara cabutan pengunjung bertuah yang menawarkan hadiah berupa hamper.

 ??  ?? FARHAN (tujuh kanan) bergambar kenangan dengan rombongan Ewon dan para pegawai PDRM berbagai pangkat.
FARHAN (tujuh kanan) bergambar kenangan dengan rombongan Ewon dan para pegawai PDRM berbagai pangkat.
 ??  ?? ANGGOTA PDRM wanita yang menghadiri majlis rumah terbuka itu.
ANGGOTA PDRM wanita yang menghadiri majlis rumah terbuka itu.
 ??  ?? KANAK-KANAK warga IPD Ranau yang menghadiri majlis itu.
KANAK-KANAK warga IPD Ranau yang menghadiri majlis itu.
 ??  ?? DANNA (lima kanan) bersama anggota Perkep IPD Ranau.
DANNA (lima kanan) bersama anggota Perkep IPD Ranau.
 ??  ?? KETIBAAN Ewon disambut mesra oleh warga IPD Ranau.
KETIBAAN Ewon disambut mesra oleh warga IPD Ranau.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kanak-kanak yang menghadiri majlis itu.
SEBAHAGIAN kanak-kanak yang menghadiri majlis itu.
 ??  ?? ANGGOTA PDRM wanita serta staf IPD Ranau.
ANGGOTA PDRM wanita serta staf IPD Ranau.
 ??  ?? SEBAHAGIAN anggota Perkep IPD Ranau.
SEBAHAGIAN anggota Perkep IPD Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia