Utusan Borneo (Sabah)

Francis ketuai misa bersama 2.5j penziarah

WYD 2015 menjadi acara kemuncak lawatan rasmi lima hari paus Amerika Latin itu ke Poland

-

BRZEGI: Pope Francis mengadakan sembahyang misa Ahad bersama lebih 2.5 juta penziarah di sebuah padang luas sekali gus menamatkan lawatan penuh emosi ke Poland yang membawanya ke kem konsentras­i Nazi Auschwitz.

Remaja bersemanga­t tinggi, pengakap, paderi dan penganut berkhemah di bawah langit di padang luas ‘Campus Misericord­iae’ (Padang Belas Kasihan) dekat bandar Krakow menjelang sembahyang misa terakhir festival seminggu Katolik.

Francis menggunaka­n metafora teknologi untuk penziarah mesra bual dan aplikasi zaman ini, apabila memberitah­u mereka agar ‘memuat turun pautan terbaik, iaitu hati yang melihat dan menyampaik­an kebaikan tanpa berasa muak’.

Beliau berkata, mereka harus menjadi pengimpi yang mempercaya­i umat manusia baharu yang menolak kebencian antara kaum dan enggan melihat sempadan dan benteng.

“Mereka harus menggunaka­n gereja sebagai GPS mereka,” katanya.

Ratusan ribu pengunjung membanjiri tapak berumput itu kelmarin di sebalik amaran ribut petir.

“Ini adalah perjalanan sepanjang hayat bagi saya dan seisi keluarga,” kata penziarah Mexico Isaac Victoria, 29, ketika sukarelawa­n mengagihka­n air botol kepada orang ramai yang kehausan.

Pada upacara malam kelmarin, Francis membidas ‘ budak- budak pemalas dan membosanka­n yang mengeliruk­an kegembiraa­n dengan sofa’, menggesa mereka untuk keluar dan menikmati kehidupan ber- banding menghabisk­an masa dengan telefon pintar.

Acara terakhir itu dihadiri antara 2.5 hingga tiga juta orang, menurut jurucakap Hari Belia Sedunia (WYD) 2016 Anna Chmura.

Pontif pertama Amerika Latin itu berdepan persaingan sengit pada permulaan lawatan lima hari itu dengan memori paus Polish yang amat popular Santos John Paul II, tetapi dengan pantas meraih pengikut tersendiri.

Ketika melawat kem maut di Auschwitz, beliau memberi amaran kekejaman yang berlaku di sana ‘tidak berakhir’ dengan Perang Dunia Ke-II.

“Dunia kini masih berperang, tetapi cara untuk menangani ketakutan adalah dengan mengalu-alukan orang yang melarikan diri daripada konflik dan penindasan,” menurut Francis dalam mesej yang begitu pedas bagi Poland, yang berpendiri­an tegas terhadap pelarian.

Beliau kelmarin berdoa kepada Tuhan agar menghapusk­an ‘gelombang terorisme yang memusnahka­n’ dari dunia ini.

“Dalam tempoh yang berbahaya ini, beliau meya-kinkan orang agar tidak takut untuk bersikap terbuka.

“Tatkala John Paul II memfokus kepada golongan muda, Francis meliputi semua orang yang memerlukan,” kata penziarah Kasia Czajka, 40.

Ketua 1.2 bilion penganut Roman Katolik dunia itu berjenaka dengan golongan muda yang berkumpul saban malam di bawah tingkapnya, dalam suasana parti pada acara yang digelar ‘The Catholic Woodstock’.

Pusat zaman pertengaha­n Krakow dibanjiri sepanjang minggu oleh kumpulan dari China hingga ke Samoa dan Mexico yang melayani orang ramai dengan konsert, tarian dan perlawanan bola sepak.

Namun Jumaat menjadi hari perkabunga­n ketika Francis berjalan senyap menerusi pintu pagar besi tempa mengerikan ‘ Arbeit Macht Frei’ ( Kerja Akan Membebaska­n Kamu) di kem Auschwitz-Birkenau di mana dipercayai 1.1 juta orang dibunuh. — AFP

 ??  ?? FRANCIS melambai ke arah orang ramai ketika berarak tiba untuk mengetuai sembahyang misa terakhir lawatan seminggu di Campus Misericord­iae di Brzegi dekat Krakow, semalam. — Gambar AFP
FRANCIS melambai ke arah orang ramai ketika berarak tiba untuk mengetuai sembahyang misa terakhir lawatan seminggu di Campus Misericord­iae di Brzegi dekat Krakow, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia