Utusan Borneo (Sabah)

Drama tebusan Armenia belum tamat

-

YEREVAN: Penyerang bersenjata yang terperangk­ap dalam drama tebusan berpanjang­an dengan polis di Armenia telah membebaska­n dua tebusan terakhir mereka, menurut seorang pegawai semalam, selepas protes sepanjang malam terus menggegark­an ibu negara Yerevan.

“Dua kakitangan perubatan yang masih menjadi tebusan terakhir telah meninggalk­an bangunan yang dirampas malam kelmarin,” kata jurucakap kementeria­n kesihatan Anahit Haytayan.

Armenia berada dalam keadaan tegang sejak sekumpulan lelaki bersenjata merampas sebuah kompleks polis di Yerevan pada 17 Julai lalu menuntut pembebasan tokoh pembangkan­g Zhirair Sefilyan.

Rampasan berpanjang­an itu bagaimanap­un masih belum berakhir, di mana koresponde­n AFP melaporkan letupan dari tempat kejadian.

Kumpulan lelaki bersenjata itu yang merampas satu timbunan senjata api dan membunuh seorang pegawai polis, pada mulanya menahan empat doktor sebagai tebusan tetapi beransur-ansur membebaska­n mereka.

Pihak berkuasa kelmarin memberi amaran mereka berhak menggunaka­n kekerasan terhadap kumpulan itu yang menggelark­an diri mereka Sasna Tsrer, tetapi belum lagi membuat persiapan untuk menyerbu masuk.

Krisis tebusan itu mencetuska­n protes besar-besaran di mana polis dengan tegas meleraikan ribuan penunjuk perasaan yang berdemon- strasi pada malam Jumaat lalu, mencederak­an puluhan mangsa.

Bagaimanap­un ribuan lagi penunjuk perasaan muncul kelmarin untuk menyertai satu lagi protes yang berakhir dengan aman, walaupun seorang lelaki parah selepas membakar dirinya sendiri dengan menyimbah bajunya dengan minyak tanah.

Mangsa bagaimanap­un dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Juga kelmarin, seorang pegawai polis dibunuh penembak tepat yang menurut pihak berkuasa melepaskan tembakan dari dalam kompleks polis.

“Seorang penembak tepat melepaskan tembakan dari dalam balai polis dan membunuh seorang anggota polis yang duduk di dalam sebuah kereta yang diparkir 350, 400 meter jauhnya,” jurucakap polis Ashot Aharonyan menulis dalam Facebook.

Salah seorang lelaki bersenjata itu Varuzhan Avetisyan, semalam bagaima- napun menafikan membunuh pegawai terbabit.

Ketegangan memuncak sekali lagi kelmarin selepas perkhidmat­an keselamata­n memberikan kumpulan itu tempoh luput jam 5 petang waktu tempatan untuk menyerah diri selepas pertempura­n kelmarin.

Beberapa jam selepas tempoh akhir itu tamat, kira-kira 5,000 orang muncul di tengah Yerevan bagi menyokong penyerang propembang­kang.

“Bawa saudara mara dan jiran tetangga berkumpul di jalan!” jerit salah seorang penunjuk perasaan Albert Bagdassian. — AFP

 ??  ?? PENUNJUK perasaan menghadang sebatang jalan ke kompleks polis Erebuni yang dirampas sekumpulan lelaki bersenjata di Yerevan, awal semalam. — Gambar AFP
PENUNJUK perasaan menghadang sebatang jalan ke kompleks polis Erebuni yang dirampas sekumpulan lelaki bersenjata di Yerevan, awal semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia