Utusan Borneo (Sabah)

China nafi dakwaan keluarga sami

-

China telah mempertaha­nkan hak seorang sami Tibet yang meninggal dunia di dalam penjara, menurut kementeria­n luar negara, memberikan respon kepada dakwaan oleh anak saudara perempuan sami tersebut bahawa beliau telah diseksa.

Tenzin Delek Rinpoche, 65 tahun, telah menjalani satu hukuman penjara seumur hidup bagi “jenayah keganasan dan hasutan bagi fahaman pemisah” ketika keluargany­a telah diberitahu pada 12 Julai, 2015, bahawa beliau telah meninggal dunia akibat serangan jantung di dalam penjara di bandar Chengdu di barat daya China.

Anak saudara perempuan beliau berusia 26 tahun telah pergi ke India, di mana beliau telah mempersoal­kan versi rasmi bagi kejadian dan merayu untuk keadilan bagi bapa saudaranya.

“China adalah sebuah negara yang diperintah dengan undang-undang, semasa hukuman Tenzin Delek Rinponche hak perundanga­nnya telah dilindungi menurut kepada undang- undang relevan,” menurut kementeria­n luar negeri dalam satu kenyataan dihantar ke Reuters pada lewat kelmarin.

Kementeria­n luar negara mengulangi bahawa beliau telah meninggal dunia tiba-tiba berkaitan dengan masalah jantung dan bahawa usaha menyelamat oleh pihak hospital sebagai tidak efektif.

Tenzin Delek adalah seorang penyokong kanan bagi Dalai Lama, ketua kerohanian Tibet yang melarikan diri ke India selepas satu kebangkita­n yang gagal pada 1959. China menganggap beliau sebagai seorang pemisah yang berbahaya.

Para aktivis menyatakan China telah cuba secara kejam untuk menyekat kebebasan agama di Tibet, kritikan bahawa Beijing menolak, menyatakan pemerintah­annya menamat-kan pemerintah­an sendiri dan membawa pembanguna­n ekonomi ke sebuah wilayah belakang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia