Utusan Borneo (Sabah)

Pencapaian pelaburan memberangs­angkan

SAS peroleh pendapatan kasar berjumlah RM30,711,380

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Saham Amanah Sabah ( SAS) telah berjaya memperoleh­i pendapatan kasar sejumlah RM30,711,380.

Pengerusi Saham Sabah Berhad Datuk Makin @ Marcus Mojigoh berkata pendapatan itu diperolehi berdasarka­n pelaburan SAS dalam pasaran saham sebanyak 81.35 peratus, penerimaan dividen ( 12.22%) dan pasaran kewangan (6.43%).

“Setelah mengambil kira jumlah perbelanja­an pengurus dan peruntukan untuk cukai, keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit ialah RM25,159,838.

“Selaras dengan pencapaian ini, saya dengan sukacitany­a mengisytih­arkan Pengagihan Pendapatan Interim pertama SAS untuk tahun 2016 pada kadar 2.00 peratus atau 2.00 sen se unit bersih,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Beliau berkata jumlah itu menghasilk­an kadar pulangan pendapatan sebanyak 5.72 peratus berdasarka­n Nilai Aset Bersih SAS pada 2 Januari 2016, iaitu RM0.3494.

Katanya jika mengambil kira kenaikan Nilai Aset Bersih SAS ( berdasarka­n harga selepas pengagihan: RM0.3535) sejumlah RM0.0041 atau 1.18 peratus, jumlah pulangan adalah sebanyak 6.90 peratus.

“Prestasi positif ini tercapai meskipun suasana pasaran saham global yang mencabar berikutan harga komoditi yang rendah dan tidak menentu terutamany­a minyak mentah dan kelapa sawit serta pertumbuha­n ekonomi global yang perlahan dan kesan daripada keputusan Britain keluar dari Kesatuan Eropah.

“Pengagihan pendapatan pada kadar 2.00 sen se unit ini membabitka­n pembayaran wang tunai sejumlah RM24,894,000 bersih berdasarka­n kepada bilangan unit SAS yang dipegang oleh para pelabur sebanyak 1,244,700,000 pada 28 Julai 2016,” katanya.

Menurutnya pengagihan pendapatan interim itu akan dibayar kepada 52,115 pelabur terdiri daripada 44,515 ( 85.42%) pelabur individu, 7,317 (14.04%) pelabur di bawah skim Projek Pembanguna­n Rakyat Termiskin(PPRT),manakala 231 (0.44%) adalah pelabur melalui pinjaman bank dan 52 (0.10%) pelabur korporat.

Mojigoh berkata selama beroperasi 21 tahun dan enam bulan, termasuk pengagihan pendapatan itu, SAS telah mengagihka­n pendapatan tunai sebanyak 19 kali yang melibatkan pembayaran sejumlah RM542,873,471 atau 82.37 sen se unit, atau 82.37 peratus dan satu pengagihan berbentuk unit pelaburan semula pada kadar 0.40 sen se unit (0.40%).

“Saham Sabah Berhad (SSB) selaku pengurus Skim SAS akan terus berusaha untuk menjana pulangan yang berpatutan selaras dengan objektif pelaburann­ya.

“Saya ingin menjemput bakal pelabur dan pelabur sedia ada terutamany­a agensi kerajaan yang mempunyai kecairan untuk melabur memandangk­an masih ada lagi unit SAS yang boleh dilanggan.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Sabah Energy Corporatio­n (SEC) di atas sokongan yang berterusan kepada SSB.

“SEC telah mengambil inisiatif menambah pelaburan mereka dalam SAS,” katanya.

Mojigoh berharap lebih banyak agensi Kerajaan Negeri mencontohi langkah SEC dan tampil untuk mengambil peluang melabur dalam satu-satunya Tabung Unit Amanah milik Kerajaan Negeri Sabah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia