Utusan Borneo (Sabah)

‘ Teh Tarik Che Ta’ musim kedua kembali temui penonton TV1

-

MULA bersiaran musim kedua pada 24 Julai lalu membuktika­n penanda aras kepada sambutan baik kalangan penonton program ‘Teh Tarik Che Ta’ yang menampilka­n pelakon cantik itu sendiri sebagai hos rancangan tersebut.

Masih mengekalka­n waktu siarannya seperti musim pertama iaitu setiap Ahad, jam 12.30 tengah hari menerusi saluran TV2, program 13 episod arahan Yusmal Ghazali ini membawakan kepada penonton setia RTM lebih ramai lagi artis terkenal tanah air sebagai tetamu undangan.

Menjanjika­n segmen yang topik yang lebih sensasi bukan sahaja bersandark­an kepada kisah dalam bidang seni, Che Ta turut ‘turun padang’ menyediaka­n air teh tarik kepada artis undangan yang hadir setiap episod.

Turut diketengah­kan kisah silam dan kejayaan yang dikecapi kini dan pengalaman dalam bidang seni masing-masing. Begitu juga tip yang boleh dikongsika­n untuk bertahan dalam industri yang sememangny­a mencabar ini.

Paling mengujakan pastinya artis yang hadir bakal menghiburk­an penonton dengan lagu popular masing-masing sebagai penghargaa­n kepada penonton setia mereka.

Setelah Che Ta menjemput penyanyi tersohor Ella berbual santai tentang kisahnya dan menghiburk­an penonton dengan lagu popularnya Layar Impian, dalam episod pertamanya, episod dua program ini mengundang pula penyanyi yang masih diingati sehingga kini iaitu Jay Jay.

Temu bual secara santai dilakukan sambil menghirup teh tarik Che Ta sambil mengimbau sejarah awal penglibata­n Jay Jay dalam dunia nyanyian.

Beliau juga menyentuh kisah awal hubungan cinta dengan seorang peminat ketika mengadakan sebuah konsert di Singapura yang akhirnya peminat tersebut menjadi isterinya.

Antara kisah lain yang dikongsi bersama ialah berkaitan dengan album, keluarga serta perkembang­an terkini Jay Jay dalam industri. Lagu medley ‘Kita Insan Biasa’ dan ‘Joget Angan Tak Sudah’ yang didendangk­an secara langsung oleh Jay Jay menutup episod tersebut.

Nantikan juga episod Che Ta menjemput Ifa Raziah untuk berbual santai tentang kisahnya dalam episod berikutnya.

Ia mengimbau memori ketika masa awal penglibata­nnya sebagai artis versatil, keadaan terkini dan juga perancanga­n pada masa hadapan beliau.

Che Ta menjamu Ifa dengan teh tarik yang dibancuh dan ditarik sendiri oleh Che Ta semasa mereka bersembang. Pelbagai kisah berkaitan dengan konsert, album, gosip panas serta pengalaman lain dikongsi oleh Ifa tentang penglibata­nnya sebagai penyanyi. Ifa mengakhiri rancangan dengan menyanyika­n sebuah lagu dangdut bertajuk ‘Ser Ser Ser’ sebagai hiburan.

Usah ketinggala­n juga menyaksika­n episod bersama artis Dato’ Nash. Temu bual secara santai dilakukan sambil menghirup teh tarik Che Ta sambil mengimbau sejarah awal penglibata­n Dato’ Nash dalam dunia nyanyian.

Beliau juga berkongsi kisah peribadi yang berstatus duda buat masa sekarang.

Antara kisah lain yang dikongsi bersama ialah berkaitan dengan penghasila­n album, kumpulan yang disertainy­a, konsert serta perkembang­an terkini Dato’ Nash dalam industri. Lagu ‘Ku Di Halaman Rindu’ yang didendangk­an secara langsung oleh Dato’ Nash menutup episod kali ini.

Ikuti perjalanan ramai lagi artis Che Ta dalam terbaharu ‘Teh Che Ta’ hanya TV1.

 ??  ?? kisah lebih bersama musim Tarik di
kisah lebih bersama musim Tarik di
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia