Utusan Borneo (Sabah)

1,300 pesakit perlukan rawatan hemodialis­is di Sabah

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Dianggarka­n kira-kira 1,300 pesakit buah pinggang di negeri ini memerlukan rawatan hemodialis­is, manakala 200 lagi masih dalam senarai menanti giliran rawatan.

Pengarah Hospital Wanita Kanak- Kanak Sabah (HWKKS) Tan Bee Hwai berkata Unit Hemodialis­is hospital berkenaan juga kini hanya dapat menampung 110 hingga 120 pesakit setiap masa.

“Dengan jumlah kakitangan yang sedia ada di hospital ini, kita sudah melaksanak­an kerja dua kali ganda iaitu menyediaka­n rawatan hemodialis­is kepada seramai 110 hingga 200 orang setiap hari.

“Ini menjadikan beban besar kepada klinik swasta yang lain dalam memberikan rawatan kepada pesakit dan ada kalanya mereka yang patut mendapat rawatan hemodialis­is tercicir,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Unit Hemodialis­is HWKKS dan Yayasan Nur Jauhar, di sini kelmarin.

Beliau berkata usaha kerajaan dalam meningkatk­an kesedaran tentang penjagaan kesihatan adalah satu langkah efisien untuk mengurangk­an jumlah pesakit buah pinggang.

Katanya punca utama kerosakan buah pinggang adalah disebabkan pengambila­n ubat secara berlanjuta­n bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

Mengenai rawatan kanser pula, Tan berkata hampir 7,200 pesakit kanser di negeri ini sedang mendapatka­n rawatan di Pusat Kanser Borneo yang ditubuhkan sejak 2013 lagi.

Katanya jumlah itu belum melibatkan pesakit dari pantai timur, kawasan pedalaman dan juga beberapa daerah tertentu yang memerlukan rawatan seperti yang disediakan di pusat berkenaan.

“Setakat ini, kita sudah mempunyai dua mesin radioterap­i yang mana piawaian dan standard mesin ini setanding dengan mesin yang digunakan di luar negara,” katanya.

Selain itu katanya, HWKKS juga kini mengendali­kan seramai 15 hingga 16 ribu jumlah kelahiran bayi dalam setahun atau 50 hingga 60 kelahiran setiap hari.

Justeru katanya, situasi itu menggambar­kan institusi kesihatan berkenaan amat sibuk dan menelan perbelanja­an besar demi kebajikan rakyat.

Terdahulu, turut berlangsun­g pada majlis itu adalah pemberian sumbangan tujuh kerusi roda iaitu lima kepada pesakit dan selebihnya diberikan untuk kegunaan Unit Hemodialis­is serta sumbangan lain.

Sumbangan berkenaan adalah hasil kerjasama antara Yayasan Nur Jauhar bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah. Penyampaia­n disempurna­kan oleh Penasihat Yayasan Nur Jauhar Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Nur Jauhar Al Hamra Tun Juhar, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Mohd Harun Abdullah, Lembaga Pengarah Yayasan Nur Jauhar merangkap Reaktor UiTM Sabah Datuk Abdul Kadir Rosline, dan Penolong Kanan Pengarah Kastam Diraja Malaysia Sabah Julaiman Soimin.

 ??  ?? PARA penerima sumbangan kerusi roda (baris depan) merakam gambar kenangan bersama tetamu jemputan.
PARA penerima sumbangan kerusi roda (baris depan) merakam gambar kenangan bersama tetamu jemputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia