Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n bincang dengan BNM isu pembatalan pinjaman

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan komited untuk mengadakan perbincang­an dengan Bank Negara Malaysia ( BNM) mengenai isu pembatalan pinjaman melebihi 50 peratus oleh bank terhadap pembeli rumah mampu milik.

Menterinya Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata pihaknya percaya sekiranya kerjasama dapat diwujudkan dengan semua pihak termasuk institusi kewangan, isu itu mampu diselesaik­an sekaligus memberi kelegaan kepada rakyat untuk memiliki rumah mampu milik.

“Walaupun bekalan rumah mampu milik di negara ini mencukupi tetapi cabaran yang dihadapi oleh rakyat untuk memilikiny­a menjadi satu isu dan perkara itu tidak boleh pandang ringan.

“Khususnya kepada golongan muda yang kini sangat susah untuk memiliki rumah mampu milik memandangk­an institusi kewangan seperti bank sering menolak permohonan mereka,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah ( Shareda) di sini, malam Sabtu lalu.

Beliau bimbang dengan jumlah penolakan permohonan pinjaman daripada golongan muda oleh pihak perbankan yang dianggarka­n mencapai 75.30 peratus.

Bagaimanap­un katanya, kerajaan berterima kasih kepada Shareda kerana terus komited bersama kerajaan untuk menyediaka­n 10,000 unit rumah mampu milik yang kini sedang dalam pembinaan.

“Dengan sejumlah 1,280 unit rumah mampu milik yang akan sedang diusahakan, ia menjadikan jumlah keseluruha­n rumah mampu milik yang disediakan pada suku pertama 2016 sebanyak 6,396,” katanya.

Sementara itu, Presiden Shareda Datuk Francis Goh berkata selain komited menyediaka­n rumah mampu milik untuk rakyat, Shareda juga mengambil inisiatif untuk melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

“Walaupun berada dalam cabaran ekonomi yang besar, kita tidak boleh melupakan tanggungja­wab kita terhadap komuniti tempatan.

“Inisiatif terbaru Shareda dalam CSR adalah menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) dengan Pertubuhan Pemulihara­an Tanah Lembap Sabah pada tahun lalu,” katanya.

Katanya Kumpulan Kinsabina telah mengambil inisiatif menyumbang­kan lebih RM500,000 kepada pemulihara­an tanah lembap itu.

Menurutnya laluan eko dibina di sepanjang kawasan pokok bakau yang bertujuan mewujudkan kesedaran dan penghargaa­n terhadap tanah lembap.

 ??  ?? HAJIJI (tengah) menerima cenderaken­angan daripada Francis.
HAJIJI (tengah) menerima cenderaken­angan daripada Francis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia