Utusan Borneo (Sabah)

‘The Gaelic Girls Dancing Troupe’ juara tarian antarabang­sa

-

PENAMPANG: Kumpulan ‘The Gaelic Girls Irish Dancing Troupe’ dinobat sebagai johan Pertanding­an Tarian Peringkat Antarabang­sa Sabah 2016 di bawah Program Festival Cerita Rakyat Antarabang­sa Sabah (SIFF) Ke-11, pada malam Sabtu.

The Gaelic Girls Irish Dancing Troupe dari Ireland menewaskan 10 negara lain iaitu Australia, Estonia, Indonesia, India, Malaysia, Filipina, Rusia, India, Korea Selatan, Sri Langka dan Thailand.

Menurut ketua kumpulan itu, Mandy Stevenson, 26, kemenangan itu tidak disangka sama sekali oleh beliau dan ahli kumpulanny­a.

“Saya dan rakan- rakan sama sekali tidak percaya apabila Ireland diumumkan sebagai johan dan kami berasa amat gembira seperti mahu meraikan kejayaan ini sepanjang tahun,” katanya selepas menerima anugerah itu daripada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahirudin.

Pada majlis itu, Ireland turut diumum sebagai penerima Anugerah Persembaha­n Terbaik dan lebih bermakna, Mandy selaku koreografe­r kumpulan turut diiktiraf sebagai penerima Anugerah Penari Wanita Terbaik.

Kumpulan dari Ireland itu terdiri daripada 27 ahli, termasuk enam pemuzik, mengambil masa selama enam bulan untuk berlatih tarian yang dipersemba­hkan.

Sementara itu, 15 anugerah lain turut diumumkan antaranya, Indonesia yang membawa pulang dua anugerah iaitu Susunan Muzik Terbaik dan Anugerah Menteri Kebudayaan; Anugerah Ketua Menteri, Filipina; Anugerah Sabah Cultural Board, Malaysia; Kaerografe­r Terbaik, Filipina; Anugerah Juri, Thailand; Kumpulan Popular, Republic Sakha Yakutia, Rusia; Penari Terbaik Lelaki, Mckelaar Stephen Andrew; dan Highest Online Presence Award, Filipina yang menerima 2,300 undi.

Hadir sama, Toh Puan Hajah Norlidah RM Jasni; Speaker DUN Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali; Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; dan Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Sabah Datu Rosmadi Datu Sulai.

 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN The Gaelic Girls Irish Dancing Troupe dari Ireland meraikan kejayaan mereka.
KUMPULAN The Gaelic Girls Irish Dancing Troupe dari Ireland meraikan kejayaan mereka.
 ??  ?? WAKIL Indonesia, Leo Mokodompit menerima Anugerah Menteri Kebudayaan daripada Juhar (enam dari kanan).
WAKIL Indonesia, Leo Mokodompit menerima Anugerah Menteri Kebudayaan daripada Juhar (enam dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia