Utusan Borneo (Sabah)

Zahiril Adzim dalam kisah legasi tomoi Muay Thai

-

R

ADIO Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi memaparkan kisah legasi tomoi Muay Thai yang diterap dalam telemovie bertajuk ‘Sawadee Thirat’ (Apa Khabar Thirat) terbitan Pentas Wayang Production arahan Dato T S Jeffry yang bakal menemui penonton pada 6 Ogos ini, jam 10.00 malam menerusi saluran TV1.

Mengisi slot Panggung Seri, penggambar­an telemovie ini di sekitar Tumpat, Kelantan terutama di Kg. Terbak, Kg. Sedar, Tumpat, dan Pantai Sri Tujuh. Antara pelakon yang membintang­i Sawadee Thirat iaitu Zahiril Adzim, Wan Hanafi Su, Zoee Tan, Zaidi Gerak Khas, Wan Suhaimi dan Natasha Elyzza.

Bertemakan nostalgia perhubunga­n lama telah berputik kembali diantara Kiet dan Wilai. Setelah 25 tahun berpisah Wilai dan anaknya balik ke kampung. Kisah percintaan dua kekasih lama yang sanggup korban untuk menyatukan anak saudara Kiet dan anak Wilai iaitu Thirat ditonjolka­n dalam telemovie menarik ini.

‘Sawadee Thirat’ mengangkat kisah percintaan tiga segi di antara Nizam, Wichai dan Thirat yang mana telah berlaku setelah pertunanga­n diantara Thirat dan Wichai. Wichai telah cemburu

pada Nizam yang bersama berbincang hal perniagaan dengan Thirat sehingga berlaku pergaduhan. Wilai merasa dukacita dengan apa yang berlaku terhadap mereka yang bertelagah. Sebagai usaha untuk mengembali­kan perdamaian di antara semua yang terlibat. Kiet dan Pak Derani telah jodohkan Wichai dan Thirat. Wichai berjanji akan menjadi suami yang baik kepada Thirat. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? ZAHIRIL ADZIM
ZAHIRIL ADZIM
 ??  ??
 ??  ?? Babak pertarunga­n dalam telemovie ini.
Babak pertarunga­n dalam telemovie ini.
 ??  ?? WAN Hanafi Su dalam salah satu babak telemovie ini.
WAN Hanafi Su dalam salah satu babak telemovie ini.
 ??  ?? WATAK UTAMA: Zahiril Adzim lakonkan watak utama.
WATAK UTAMA: Zahiril Adzim lakonkan watak utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia