Utusan Borneo (Sabah)

Waspada pihak yang meracuni fikiran rakyat benci kerajaan

Ada pihak cemburukan kemampuan kerajaan majukan negara

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Rakyat diingatkan agar berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang cuba meracuni fikiran rakyat di negara ini untuk membenci kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pihak tertentu yang berada di luar negara itu berbuat demikian kerana cemburu dengan kerajaan yang mampu memajukan negara dalam suasana demokrasi yang menyumbang kepada keamanan.

“Pihak terbabit di luar negara bersekongk­ol dengan kumpulan kecil di Malaysia untuk meracuni fikiran rakyat termasuk membuat tohmahan dan fitnah terhadap Perdana Menteri,” katanya.

Beliau menjelaska­n pihak berkenaan berbuat demikian agar rakyat hilang kepercayaa­n kepada Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi.

“Mereka menggunaka­n media sosial dengan memberi gambaran negatif terhadap kerajaan untuk meracuni pemikiran rakyat,” katanya.

Salleh yang juga Bendahari Umno Pusat memberi contoh sebuah portal media iaitu Sarawak Report yang dikuasai oleh oleh orang barat, Clare Brown yang bersekongk­ol dengan individu di negara ini bagi meracuni pemikrian rakyat untuk membenci Perdana Menteri.

“Mereka melemparka­n pelbagai tuduhan melalui media sosial yang kesahihann­ya amat diragukan. Agenda utama mereka ialah agar kita ikut telunjuk dan kehendak mereka bagi menjatuhka­n kerajaan sedia ada,” katanya.

Beliau menegaskan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia bertindak menyekat Sarawak Report tetapi mereka terus menggunaka­n kaedah lain termasuk Facebook dan Twitter untuk mengembang­kan ideologi mereka.

“Tindakan mereka itu bertentang­an dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, di mana rakyat memilih pemerintah menerusi pilihan raya umum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undan- gan Negeri Sukau merangkap Pengerusi Koperasi Pembanguna­n Desa Datuk Saddi Abdul Rahman di Dewan Sri Lamag Kinabatang­an, Sabtu lalu.

Salleh berkata Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri berusaha bersungguh-sungguh membangunk­an negara walaupun bertubi- tubi dikritik dan cuba digulingka­n dengan cara tidak demokratik.

“Bagaimanap­un, beliau ( PM) tidak jemu- jemu melaksanak­an dasar pemerintah­annya iaitu memberi peluang ekonomi serta pekerjaan kepada anak-anak kita,” katanya.

Sebagai rakyat Malaysia katanya, adalah penting untuk bersyukur dengan erti kemerdekaa­n yang perlu dipertahan serta dipelihara daripada diganggu gugat oleh pihak yang cemburukan keamanan serta perpaduan rakyat di negara ini.

Turut hadir di majlis itu ialah isteri Salleh, Datuk Raya Erom, isteri Adun Sukau Datin Nurbiah Jombri, Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya, Ketua Polis Daerah A Sahak Rahmat serta para pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat.

 ??  ?? SALLEH bersalaman dengan rakyat Kinabatang­an sejurus tiba di majlis rumah terbuka berkenaan.
SALLEH bersalaman dengan rakyat Kinabatang­an sejurus tiba di majlis rumah terbuka berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia