Utusan Borneo (Sabah)

AADK harap k’jaan tidak lulus cadangan Risda tanam ketum

AADK harap kerajaan tidak lulus cadangan RISDA

- -Bernama

JITRA: Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK) berharap kerajaan tidak meluluskan cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang ingin melaksanak­an projek penanaman daun ketum secara berskala besar untuk dieksport ke luar negara.

Pemangku Ketua Pengarahny­a Datuk Azizan Ariffin berkata cadangan itu dilihat boleh membantutk­an usaha memastikan Malaysia bebas dadah menjelang tahun 2020.

Beliau berkata AADK sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan RISDA itu kerana ia mendatangk­an lebih banyak kemudarata­n daripada keuntungan yang bakal diperoleh kelak.

“Kos untuk pemulihan penagih sangat tinggi... sebagai contoh, setiap hari sejumlah RM33,200 diperlukan bagi menampung kos makanan bagi 4,000 penagih yang ada di pusat pemulihan seluruh negara.

“Kalau sebulan, sejumlah RM996,000 diperlukan dan kos itu dilihat akan meningkat dengan lebih mendadak sekiranya lebih ramai yang terlibat dalam penagihan ketum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pejabat AADK Daerah Kubang Pasu di sini, kelmarin.

Azizan berkata kajian menyeluruh dan saintifik perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum mengkomers­ialkan penanaman daun ketum.

“Zaman dahulu daun pokok ketum digunakan secara tradisiona­l bagi mengubati beberapa jenis penyakit, tetapi zaman sekarang ia telah disalahgun­akan sehingga menyebabka­n ketagihan kepada penggunany­a,” katanya.

Dalam pada itu, Azizan juga meminta semua kerajaan negeri memperketa­tkan undang- undang bagi melarang penanaman pokok ketum secara meluas di negeri masing-masing.

Azizan berkata langkah itu mampu membendung dan mengawal penanaman pokok ketum yang dilihat mendatangk­an banyak keburukan, jika tidak dicegah pada peringkat awal lagi.

“Negeri lain perlu mencontohi Perlis yang memperketa­tkan undangunda­ng bagi melarang penanaman pokok ketum secara meluas,” katanya.

Pada 28 Julai lepas, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata pemilik tanah yang baru mendapat geran akan ditarik balik hak milik itu sekiranya didapati terdapat tanaman pokok ketum di atas tanah tersebut.

Katanya tindakan berat juga perlu dikenakan terhadap pemilik tanah yang membiarkan pihak lain menanam pokok ketum di tanah mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia