Utusan Borneo (Sabah)

Mainkan peranan sebagai reformis sosial

-

KOTA KINABALU: Ahli Alumni Universiti Islam Antarabngs­a Malaysia (UIAM) Sabah perlu memainkan peranan sebagai reformis sosial yang penting kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata alumni mempunyai tanggungja­wab menjadi pemimpin, pemangkin dan agen pembanguna­n sosial serta kemasyarak­atan.

Jelasnya kepelbagai­an latar belakang ahli alumni mampu menjadi agen perubahan dengan menggemble­ng tenaga, masa dan kewangan untuk kembali menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Pihak kerajaan juga katanya mengalu-alukan penglibata­n alumni memberikan input dalam proses pembanguna­n dan pembinaan negara yang lebih sejahtera.

Rosnah yang juga alumni (1996) universiti berkenaan berucap demikian ketika merasmikan Majlis Makan Malam Gala dan Aidilfitri IIUM Alumni (Sabah Chapter), pada Sabtu.

Sementara itu Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Hasbi Tangge merasa sangat terharu dengan kehadiran ramai ahli alumni pada malam itu.

“Tiada perkataan yang dapat menggambar­kan betapa saya terharu dengan kehadiran rakan-rakan dan ada yang datang jauh dari Pahang semata-mata untuk majlis ini.

“Walaupun kami menghadapi kekangan komitmen kerja, kami berjaya membentuk jawatankua­sa yang telah berjaya mengumpulk­an 140 ahli alumni pada malam ini,” katanya.

Menurutnya IIUM Alumni (Sabah Chapter) bergiat aktif menerusi beberapa program antaranya mengumpul dana untuk anak-anak miskin dan telah berjaya mengumpul RM20 ribu untuk membina sebuah surau di Kampung Dalit Keningau.

Seorang lagi ahli alumni, Nur Hanani Ibrahim, pelajar UIAM tahun 1995, melahirkan rasa gembira kerana dapat hadir pada majlis itu.

“Walaupun saya menetap di Labuan dan baru terima jemputan seminggu lalu, saya tetap hadir pada malam ini untuk bertemu rakan-rakan seperjuang­an yang sudah lama saya rindui,” katanya.

Antara ahli Alumni yang turut hadir adalah Adun Bongawan Datuk Mohamad Alamin (Kumpulan 1996); Timbalan Pengerusi Muis Junaidi Jumahad (Kumpulan 1995); Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Armizan Mohd Ali (Kumpulan 2000); dan Pengarah KPDNKK Sabah Yahya Sulaiman (Kumpulan 1999).

 ??  ?? ACARA memotong kek disempurna­kan oleh Rosnah dan tetamu jemputan lain.
ACARA memotong kek disempurna­kan oleh Rosnah dan tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia