Utusan Borneo (Sabah)

Kelemahan pemerintah­an Pakatan Rakyat punca kualiti kebersihan di Selangor merosot

-

SUBANG: Kelemahan pemerintah­an Pakatan Rakyat di Selangor adalah punca utama kemerosota­n kualiti kebersihan di negeri itu, kata Tan Sri Noh Omar kelmarin.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu yang menyifatka­n pakatan itu sebagai ‘pakatan cacamarba’ berkata, Selangor adalah antara negeri yang paling banyak sampah tidak dikutip, sekali gus merekodkan kes denggi yang tertinggi di Malaysia.

“Punca berlakunya masalah ini adalah kerana kerajaan Selangor menolak pemakaian Akta 672 di mana mengikut akta itu, kerajaan Persekutua­n memperuntu­kan sebanyak RM2.2 billion setahun untuk membersihk­an sampah-sarap.

“Bagaimanap­un, peruntukan itu hanya diberikan kepada negeri yang menerima pakai akta tersebut dan Selangor tidak,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Keluarga Bahagia 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield di sini.

Akta 672 merujuk kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam 2007, bertujuan mengawal selia pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersiha­n awam bagi maksud menyenggar­akan kebersihan yang sepatutnya dan bagi perkara yang bersamping­an dengannya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kekecewaan dan kebimbanga­nnya terhadap dakwaan kelemahan kerajaan Selangor dalam menguruska­n infrastruk­tur dan prasarana Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Subang 1.

“Saya akan cuba bantu menyelesai­kan isu penyelengg­araan bangunan dan kebersihan di PPR Lembah Subang 1 kerana ianya merupakan inisiatif kerajaan Persekutua­n.

“Apa yang berlaku ialah kerajaan Persekutua­n bangunkan PPR dan setelah siap, kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk uruskan. Tetapi mereka (kerajaan Negeri) hanya mengutip sewa tetapi tidak menguruska­nnya dengan baik,” jelas Ahli Parlimen Tanjung Karang itu.

Terdahulu dalam ucapan perasmiann­ya, Noh mencadangk­an kepada Jabatan Pelajaran Selangor untuk mewajibkan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk mengadakan program mengumpul dana.

Katanya, program itu wajib diadakan sekurang- kurangnya setahun sekali bagi membantu sekolah meningkatk­an kualiti infrastruk­tur dan prasarana sekolah.

“Walaupun kerajaan memberi berbilion peruntukan, ianya masih tidak mencukupi untuk membiayai kerja penyelengg­araan sekolah.

“PIBG harus memainkan lebih banyak peranan agar sekolah dapat menumpukan perhatian dalam meningkatk­an kualiti dan pencapaian akademik pelajar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia