Utusan Borneo (Sabah)

Bola sepak MSS Sabah di Kudat 2–5 Ogos

- SALMAN ABADI -Oleh

KUDAT: Kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolahsek­olah Sabah ( MSSS) peringkat negeri akan berlangsun­g di Kudat pada 2 hingga 5 Ogos ini.

Kejohanan empat hari itu dianjurkan oleh Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan dikelolaka­n oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (Unit Sukan) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat.

Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Kudat Jais Abd Gani berkata seramai 306 orang pemain terlibat menyertai kejohanan itu membabitka­n tiga kategori umur iaitu 12 tahun ke bawah (sekolah rendah) serta 15 dan 18 tahun ke bawah (sekolah menengah).

Katanya kejohanan itu mendapat penyertaan penuh dari kesemua enam zon atau bahagian di Sabah melibatkan pasukan MSS Bahagian Utara, Barat, Selatan, Tenggara, Pedalaman dan Sandakan.

Menurutnya kategori 12 tahun akan bermain di padang Sekolah Kebangsaan ( SK) Pekan II, Kudat manakala 15 tahun di SMK Kudat II dan SMK Abd Rahim II, Kudat.

Jais berkata Padang Bandaran Kudat dan Pusat Sukan Kudat akan digunakan sebagai venue pertanding­an bagi kategori 18 tahun ke bawah.

Pada kejohanan itu, kategori 12 tahun akan dipertandi­ngkan secara liga dalam satu kumpulan membabitka­n enam pasukan.

Kategori 15 tahun pula dipertandi­ngkan secara liga dalam dua kumpulan yang mana Kumpulan A terdiri daripada pasukan Tenggara, Sandakan dan Utara, manakala Kumpulan B ialah pasukan Pedalaman, Selatan dan Barat.

Bagi kategori bawah 18 tahun, Kumpulan A melibatkan pasukan Tenggara, Utara dan Barat, sementara Kumpulan B ialah Sandakan, Selatan dan Pedalaman.

“Selain melaksanak­an aktiviti tahunan dalam takwim sukan permainan, ia juga bertujuan memilih pemain terbaik untuk mewakili pasukan MSS Sabah ke peringkat kebangsaan atau MSSM,” kata Jais ketika dihubungi Utusan Borneo.

Majlis perasmian penutupan kejohanan MSS Sabah di Kudat akan disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Hajah M a imun a h haji Suh a ibul pada 5 Ogos, jam 3 petang di Pusat Sukan Kudat.

Kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) tahun ini akan berlangsun­g di Selangor pada 21 hingga 26 Ogos.

 ??  ?? JAIS (depan, tiga dari kanan) bersama PPD Kudat Sh Azad Sh Attar (tiga kanan), Penyelia Sukan JPNS Pg Haji Johari Pg Ahmad (dua kiri) dan sebahagian AJK Pengelola kejohanan MSS Sabah 2016.
JAIS (depan, tiga dari kanan) bersama PPD Kudat Sh Azad Sh Attar (tiga kanan), Penyelia Sukan JPNS Pg Haji Johari Pg Ahmad (dua kiri) dan sebahagian AJK Pengelola kejohanan MSS Sabah 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia