Utusan Borneo (Sabah)

Memperinga­ti jasa pasukan keselamata­n

37 kontinjen sertai Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

S

EBANYAK 37 kontinjen menyertai Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2016.

Kontinjen yang menyertai acara berkenaan adalah daripada pelbagai agensi, jabatan, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2016 yang diadakan pada 31 Julai setiap tahun adalah bagi memperinga­ti jasa pasukan keselamata­n negara yang terkorban demi kesejahter­aan negara.

Acara yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Sambutan Hari Pahlawan turut menyaksika­n Juhar memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat Utama sebelum menerima Tabik Hormat Diraja daripada pasukan itu.

Acara berkenaan dimulakan dengan tiupan Paluan Akhir oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai simbolik untuk mengenang mereka yang telah terkorban demi mempertaha­nkan nusa dan bangsa.

Kemudian, acara itu diiringi dengan bacaan sajak bertajuk ‘Pahlawan’ oleh PDRM.

Selain itu, satu persembaha­n khas yang disampaika­n oleh PDRM bertemakan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ yang menyaksika­n pengorbana­n pasukan keselamata­n menjaga keamanan demi kesjahtera­an negara.

Acara diteruskan dengan tiupan ‘Rouse’, dengan menaikkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah sebagai tanda memberi semangat kepada pasukan keselamata­n negara untuk terus berkhidmat demi keamanaan negara.

Sejurus tamat tiupan berkenaan, Juhar bergerak meningalka­n dewan untuk lawatan ke tapak pameran yang telah disediakan.

Acara itu diakhiri dengan Tabik Hormat Diraja daripada Pasukan Keselamata­n Kawalan Kehormat Utama sebelum Juhar meninggalk­an majlis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali.

 ??  ?? JUHAR memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat Utama pada acara berkenaan.
JUHAR memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat Utama pada acara berkenaan.
 ??  ?? ANTARA 37 kontinjen yang menyertai Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah.
ANTARA 37 kontinjen yang menyertai Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah.
 ??  ?? AKSI anggota PDRM menyelamat­kan mangsa culik.
AKSI anggota PDRM menyelamat­kan mangsa culik.
 ??  ?? JUHAR (dua kanan) melawat tapak pameran.
JUHAR (dua kanan) melawat tapak pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia