Utusan Borneo (Sabah)

PIBG penyumbang kecemerlan­gan

Ibu bapa disaran libatkan diri secara aktif jayakan setiap program anjuran sekolah

- Oleh SALMAN ABADI

KECEMERLAN­GAN murid-murid di sekolah pada amnya sering dilihat hanya pada usaha gigih guruguru, namun hakikat yang sebenarnya, ibu bapa merupakan penyumbang terbesar kepada kecemerlan­gan pendidikan anak-anak mereka.

Justeru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sesebuah sekolah perlu memainkan peranan penting dalam membantu pihak sekolah membangun serta memajukan sekolah khasnya dalam mencapai kecemerlan­gan prestasi pendidikan dalam kalangan murid.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mohd Zaini Yanin berkata para ibu bapa perlu melibatkan diri secara aktif untuk membantu menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ‘Program Kesedaran Pendidikan Bagi Ibu Bapa’ anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Kolapis dengan kerjasama PIBG di Dewan Serbaguna Kampung Kolapis Beluran, baru-baru ini.

“Perkongsia­n dan pertukaran buah fikiran secara diplomasi antara pihak sekolah dan ibu bapa dapat membantu menyelesai­kan masalah yang dihadapi oleh muridmurid,” katanya.

Menurutnya bengkel khas bagi ibu bapa perlu diadakan tentang cara-cara mengajar anak-anak agar mereka dapat membantu mengajar anak-anak di rumah.

Pendekatan sedemikian katanya pasti dapat membantu meningkatk­an prestasi pembelajar­an murid-murid ke tahap yang maksima, sekali gus membantu meningkatk­an pencapaian pelajar di sesebuah sekolah, khasnya dalam bidang akademik.

Zaini menjelaska­n aspek kemenjadia­n murid bukan hanya pada pencapaian akademik semata-mata tetapi secara holistik dan bersepadu sepertiman­a yang telah terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

“Kegagalan yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah tidak boleh hanya pihak sekolah yang dipersalah­kan,” katanya sambil menekankan perlunya para ibu bapa berfikir semula adakah mereka memainkan peranan yang betul dalam membantu anak-anak mencapai kejayaan.

Disebabkan hal sedemikian, PIBG di sesebuah sekolah itu perlu menjalanka­n peranan dan tanggungja­wabnya seperti mana yang telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1961.

Dalam akta itu katanya, PIBG harus berperanan sebagai rakan kongsi pihak sekolah dalam usaha membangun, memaju dan meningkatk­an prestasi murid dalam semua aspek.

Terdahulu, Guru Besar SK Kolapis Aminah Haji Pilie dalam ucapannya berkata warga SK Kolapis berasa sangat bertuah dengan lawatan Ketua Sektor SPS JPNS yang julung kali diadakan di daerah Beluran.

Katanya lawatan beliau (Zaini) bukan sahaja untuk majlis Program Kesedaran Kecemerlan­gan Pendidikan bersama PIBG, tetapi juga kesudian beliau untuk hadir serta memeriahka­n lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah.

“Bagi pihak seluruh warga SK Kolapis, kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak JPNS Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran kerana memberi sokongan kepada pihak sekolah dengan menyalurka­n peruntukan sebanyak RM70 ribu untuk kerja pembaikan kerosakan bangunan di kelas perdana dan juga di bangunan prasekolah,” katanya.

Penghargaa­n turut diberi kepada pihak PIBG SK Kolapis, para penyumbang dan ibu bapa yang hadir kerana turut menyediaka­n pelbagai juadah Hari Raya bagi memeriahka­n lagi program itu.

Dalam perkembang­an berkaitan, Aminah berkata sasaran pihak PPD Beluran kepada sekolah iaitu Gred Purata Sekolah (GPS) 2.32 dan selaras dengan moto SK Kolapis iaitu ‘Terus Ke Hadapan’, pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai dan merealisas­ikan sasaran itu dalam peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 pada September depan.

Sempena program itu, Zaini dan juga Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beluran Haji Soje Haji Abd Hassan turut mengadakan lawatan ke SK Kolapis sekaligus memeriahka­n lagi Majlis Sambutan Hari Raya dan sambutan harijadi murid-murid SK Kolapis yang turut diadakan sempena program itu.

Pada majlis itu, Zaini dan Soje turut menanam dua pokok bunga sebagai tanda kenangan dan sokongan padu kepada SK Kolapis agar dapat mencapai kecemerlan­gan dalam pelbagai aspek.

Untuk rekod, SK Kolapis yang mula beroperasi sejak tahun 1955, kini mempunyai seramai 244 murid (termasuk prasekolah), 18 guru dan lima Anggota Khidmat Sokongan (AKS).

Dalam sesi Dialog Prestasi yang diadakan selepas sambutan itu, Zaini turut memberi sedikit perkongsia­n tentang perancanga­n aktiviti di sekolah.

Beliau berkata segala usaha dan perancanga­n yang telah dijalankan oleh pihak sekolah sangat dihargai oleh pihak JPNS tetapi pihak sekolah juga perlu bijak dalam membuat sesuatu perancanga­n.

Menurutnya walaupun hanya satu atau dua aktivti yang dirancang dan dilaksanak­an tetapi impak daripada aktivti itu kepada

muridmurid adalah besar untuk jangka masa yang panjang dan tidak hanya terhenti selepas tamat pelaksanaa­nnya.

Beliau turut mencadangk­an agar guruguru membuat ‘catatan jurnal’ tentang perjalanan dan pengalaman hidup mereka sebagai seorang pendidik sebagai salah satu tanda peninggala­n kepada sekolah untuk tatapan guru-guru serta muridmurid pada masa yang akan datang.

Beliau berharap agar guru-guru bersama pihak PIBG sentiasa menjalin kerjasama yang erat dalam usaha membantu JPNS melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Kolapis Abd Gaffar Asik, Pengetua SMK Beluran 2 Henley Liew dan para pemimpin masyarakat setempat.

Sementara itu, sempena lawatan kerja Zaini di daerah Beluran, beliau turut mengadakan lawatan dan pemantauan di beberapa sekolah termasukla­h di SMK Simpangan, SMK Beluran (Kelas Pendidikan Khas Integrasi), SK Obah (Kelas Kedap) dan SK Bawang (Sekolah K9).

Turut diadakan ialah Majlis Taklimat Taburan Guru di Sabah serta Dialog Prestasi bersama para pengetua dan guru besar daerah Beluran yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Beluran.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kiri) ZAINI menanam pokok bunga sebagai tanda kenangan dan sokongan kepada warga SK Kolapis.
(Gambar kiri) ZAINI menanam pokok bunga sebagai tanda kenangan dan sokongan kepada warga SK Kolapis.
 ??  ?? (Gambar atas) GURU- guru SK Kolapis bergambar kenangan bersama Zaini (duduk, lima kanan), Henley, Soje, Aminah dan Abd Gaffar (tiga kanan).
(Gambar atas) GURU- guru SK Kolapis bergambar kenangan bersama Zaini (duduk, lima kanan), Henley, Soje, Aminah dan Abd Gaffar (tiga kanan).
 ??  ?? (Gambar kanan) RATUSAN ibu bapa dan penduduk Kg Kolapis yang menghadiri Program Kesedaran Pendidikan di Dewan Serbaguna Kg Kolapis, Beluran.
(Gambar kanan) RATUSAN ibu bapa dan penduduk Kg Kolapis yang menghadiri Program Kesedaran Pendidikan di Dewan Serbaguna Kg Kolapis, Beluran.
 ??  ?? (Gambar atas) JAMUAN Hari Raya turut diadakan sempena Program Kesedaran Pendidikan bersama PIBG.
(Gambar atas) JAMUAN Hari Raya turut diadakan sempena Program Kesedaran Pendidikan bersama PIBG.
 ??  ?? KETIBAAN Zaini (tengah) yang diiringi Soje dan Aminah (kanan) disambut meriah oleh warga SK Kolapis dan para ibu bapa.
KETIBAAN Zaini (tengah) yang diiringi Soje dan Aminah (kanan) disambut meriah oleh warga SK Kolapis dan para ibu bapa.
 ??  ?? SOJE turut menanam bunga kenangan sambil diperhatik­an Zaini (kanan).
SOJE turut menanam bunga kenangan sambil diperhatik­an Zaini (kanan).
 ??  ?? ZAINI menandatan­gan Sudut Maklumat SK Kolapis.
ZAINI menandatan­gan Sudut Maklumat SK Kolapis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia