Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan perahu bercadik dalam pembinaan peradaban maritim

- LAUT BUKAN PEMISAH Oleh ISMAIL ALI Universiti Malaysia Sabah ***********BERSAMBUNG***********

** Sambungan artikel ‘Pensejarah­an Perahu dan Perahu Tradisi di Sabah’ Oleh ISMAIL ALI, UMS ** S

EBELUM abad ke-15, Nusantara telahpun berkembang menjadi sebuah wilayah perdaganga­n dan seringkali dikunjungi oleh para pengembara dan pedagang luar.

Antara abad pertama hingga abad ke-14, pusatpusat perdaganga­n terulung lagi bertaraf antarabang­sa di Nusantara adalah tertumpu di Sumatera dan Pulau Jawa iaitu di Srivijaya dan Majapahit sebelum mengalami kemerosota­n dan munculnya Melaka di Tanah Melayu, Brunei di Borneo dan Sulu di selatan Kepulauan Filipina pada abad ke-15 hingga abad ke-18.

Terdapat dua jalan (jalur) perdaganga­n yang digunakan untuk sampai ke Nusantara iaitu melalui darat atau lebih dikenal dengan “Jalur Sutra” (Silk Road) yang dimulai dari China melalui Asia Tengah, Turkistan hingga ke Laut Tengah menghubung­kan India dan merupakan jalan perdaganga­n paling tua yang menghubung­kan antara China dengan Eropah.

Walau bagaimanap­un, kekacauan yang berlaku di Asia Tengah pada abad ke-2 masihi telah menganggu jalan perdaganga­n jalur sutera sehingga memaksa para pedagang menggunaka­n jalan laut iaitu Lautan Hindi sebagai alternatf untuk sampai ke Nusantara dan China (O.W. Walters, 1989:32).

Jalan perdaganga­n kedua pula ialah menggunaka­n laut yang dimulai dari China melalui Laut Cina Selatan kemudian Selat Melaka, Calicut (India), lalu ke Teluk Persia melalui Syam (Syria) sampai ke Laut Tengah atau melalui Laut Merah sampai ke Mesir lalu menuju Laut Tengah dan sebaliknya iaitu dari Mesir menuju Lautan Hindi ke India dan melewati Nusantara untuk sampai ke China.

Dalam konteks ini, negara kota dan pelabuhan utama di Nusantara seperti Srivjaya dan Majapahit telah menjadi tempat persinggah­an kapalkapal dagang dan pelabuhan entreport iaitu mengumpul dan memasarkan barang dagangan dari pelbagai negara ke wilayah-wilayah di Nusantara.

Pada masa yang sama, pelabuhan Srivijaya dan Majapahit juga bertindak sebagai pusat pengumpula­n hasil-hasil Nusantara yang diperlukan oleh para pedagang luar untuk didagangka­n semula ke Eropah, Arab, Parsi, India, China dan sebagainya. Semasa pemerintah­an kerajaan-kerajaan tradisiona­l (Hindu-Buddha dan Islam), pengaruh raja-raja atau sultan-sultan dalam sebagai peneraju pembanguna­n ilmu pelayaran dan perdaganga­n adalah cukup besar.

Dalam erti kata lain, mereka bukan hanya sekadar pemerintah tetapi juga terlibat secara langsung sebagai pemilik dan pemodal. Pada abad ke-7 hingga abad ke-13 kerajaan tersebut tumbuh dan berkembang menjadi pusat perdaganga­n di wilayah Indonesia Barat dan menguasai jalur perdaganga­n di di sekitar Selat Melaka dan dua buah kerajaan ini sering dikunjungi para pedagang dari Persia, Arab, India, dan Cina untuk memperdaga­ngkan barangbara­ng berupa tekstil, kapur barus, mutiara, kayu berharga, rempah-rempah, gading, kain, perak, emas, sutera, pecah belah serta gula.

Selain sebagai pelabuhan dan pusat perdaganga­n, Sriwijaya dan Majapahit juga mempunyai kapalkapal sendiri yang berlayar meliputi Asia Tenggara sampai India bahkan hingga ke Madagaskar dan Afrika.

Perkembang­an pesat perdaganga­n dan pelabuhan antara Srivijaya dan Majapahit dengan dunia luar ini secara tidak langsung telah menghidupk­an ekonomi dan budaya perahu dan kapal bercadik di Nusantara.

Untuk mengangkut hasil-hasil hutan dan laut dalam kuantiti yang banyak yang diperolehi dari pulau Sulawesi, Kalimantan, pulau Nusatengga­ra, Maluku, Papua, Jawa dan Sumatera di sekitar Laut Jawa, Laut Sulawesi, Laut Flores, Laut Banda (Maluku), Laut Natuna dan dihantar ke pelabuhan Srivijaya dan Majapahit, para pedagang akan menggunaka­n perahu besar bercadik iaitu jenis pinisi dan vinta kerana lebih selamat apabila diimbangi oleh dua buah katik di dua belah sisi kapal terutamany­a sewaktu laut bergelora.

Selain daripada itu, terdapat juga perahu bercadik milik para pemerintah dan pedagang Melayu yang terus belayar membawa sendiri hasilhasil Nusantara ke India, Madagaskar dan Afrika di Lautan Hindi dan Lautan Atlantik dan ke Funan dan China di Laut China Selatan.

Selain mengangkut hasil-hasil Nusantara, perahu ini juga berperanan mengangkut dan memasarkan pelbagai komoditi yang di bawa oleh para pedagang luar di pelabuhan Srivijaya dan Majapahit ke pelbagai propinsi di Nusantara untuk kegunaan penduduk.

Sementara itu, penggunaan perahu katik ganda dan tunggal daripada jenis bangka dan lepa-lepa lebih banyak digunakan oleh komuniti pesisir pantai untuk pengangkut­an antara pulau-pulau yang berdekatan, berdagang secara kecil-kecilan dan mendaratka­n hasil-hasil laut terutamany­a tripang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabang­sa.

Kebanyakan para sarjana merasa kagum dengan kebolehan dan keberanian para pelaut dan pedagang Nusantara terutamany­a yang berasal dari Indonesia dan Filipina. Dikatakan, mereka melintasi lautan dengan perahu-perahu “tanpa kemudi” dan “tanpa dayung” dan hanya bermodalka­n semangat dan keberanian sahaja.

Semangat dan keberanian mereka ini telah dibuktikan oleh mereka sebenarnya lebih awal mengatasi Columbus menyeberan­gi Lautan Atlantik dan menemukan benua baru Amerika pada tahun 1492 atau Vasco da Gama pada tahun 1498 yang mulai menjelajah­i dunia timur dengan pada 1493.

Para pelaut dan pedagang Indonesia ini hanya menggunaka­n perahu katik yang secara relatifnya jauh lebih kecil daripada kapalkapal dagang luar.

Di Sumatera dan Jawa, aktiviti perdaganga­nnya adalah dikuasai oleh para pelaut dan pedagang berbangsa Jawa yang sangat berpengala­man di dalam seni pembuatan perahu-kapal, pelayaran sehingga dianggap sebagai orang pertama di Nusantara yang merintis seni paling kuno ini.

Noteboom (1932) pernah menyatakan bahwa pada abad ke-3SM hingga abad pertama Masehi telah wujudnya aktiviti pelayaran niaga oleh orang Jawa menggunaka­n perahu bercadik dari Sumatera ke India.

Selain dari itu, mereka juga telah berlayar menggunaka­n perahu pinisi ke Tanjung Harapan dan mengadakan hubungan dengan pantai timur Pulau S. Laurenzu (Madagaskar) dan buktinya terdapat sekumpulan penduduk asli berkulit coklat dan mirip orang Jawa serta mengatakan bahawa mereka adalah keturunan orang Jawa.

Ukiran perahu katik yang terpahat di relief Borobudur merupakan antara petunjuk bahawa perahu dan kapal bercadik telah wujud di Jawa dan memainkan peranan besar di Laut Jawa sebelum abad ke-15. Pelaut dan pedagang Sumatera dan Jawa telah melibatkan diri dalam perdaganga­n antara Cina dan India sejak abad ke-5 dan ke-6 masihi.

Antara komoditi dagang yang utama termasukla­h kemenyan, lada, rempah ratus, kayu manis, kapur barus dan lain-lain lagi untuk memenuhi permintaan para pedagang yang berasal dari Arab, Persia, India dan China (K.R. Hall:1985).

Cengkeh merupakan antara komoditi yang diburu oleh para pedagang Jawa, Bugis dan Buton kerana mempunyai permintaan tinggi di pasaran India, China dan Eropah kerana kepelbagai­an kegunaanny­a seperti untuk membuat ramuan ubat, penyedap masakan dan minyaknya untuk wangi-wangian.

Pada abad ke-15 hingga abad ke-17 juga telah memperliha­tkan peningkata­n perdaganga­n yang dibayangi dengan kesibukan pelayaran kapal-kapal dagang milik para pedagang India, Arab, Parsi, Eropah dan China ke Nusantara untuk berdagang yang disebut oleh Anthony Reid (1988) sebagai The Age of Commerce di Asia Tenggara dan terus memperliha­tkan kepentinga­n perahu katik dalam pembentuka­n peradaban di Laut Nusantara.

Walau bagaimanap­un, peningkata­n jumlah dagangan dan kemasukan kuasa-kuasa barat terutamany­a Sepanyol, Portugis, Belanda dan Inggeris ke Nusantara pada abad ke-15 ini yang disebut oleh Tony Gibbons (2001) sebagai The Age of

Exploratio­n nampaknya telah memberi impak kepada keunggulan dan peranan perahu bercadik di Nusantara.

Daripada satu aspek, perkembang­an perdaganga­n ini telah meningkatk­an lagi bilangan dan peranan perahu katik sebagai pengangkut­an utama membawa dan menyebarka­n hasil-hasil peradagang­an di wilayah-wilayah kepulauan Nusantara.

Daripada aspek yang lain pula, kemasukan terus para pedagang dari Arab, Parsi dan Eropah menggunaka­n kapal dagang masing-masing untuk membawa sendiri hasil-hasil Nusantara telah meminggirk­an fungsi peranan kapal bercadik Nusantara yang suatu masa dahulu bertindak sebagai media antara pedagang Nusantara dengan Arab dan Parsi yang berpusat di India.

Boleh dikatakan selepas abad ke-15, kelibat perahu katik (pinisi) dalam mengharung­i Lautan Hindi, Lautan Atlantik dan Laut China Selatan telah tidak kelihatan lagi kecuali sekitar perairan Laut Nusantara sahaja.

Selain menunggu kedatangan kapal-kapal dagang dari Arab, Persia, India dan Cina, ada diantara pedagang Nusantara telah berlayar sendiri menempuh jarak hingga 4,500 batu melintasi Lautan Hindi menuju pulau Madagaskar hingga ke timur laut Afrika termasuk Laut Merah.

Dari Madagaskar rempahremp­ah ini akan diangkut ke Rhapta (Somalia). Pada awal abad ke-7, para pedagang dari China (Dinasti Tang) seringkali mengunjung­i Maluku untuk mendapatka­n bekalan rempah dan diikuti oleh pedagang Arab pada abad ke-9.

 ?? Sumber: James Warren, The Sulu Zone, 1981 ?? BARANGAYAN:
Sumber: James Warren, The Sulu Zone, 1981 BARANGAYAN:
 ??  ?? REKABENTUK Bogo-Katik.
REKABENTUK Bogo-Katik.
 ??  ?? ILUSTRASI Lepa
ILUSTRASI Lepa
 ?? Sumber: Djoko Oramono. Budaya Bahari, 2005, hlm. 55 ?? PETA Jalur Pelayaran dan Perdaganga­n di Nusantara Era Srivijaya dan Majapahit.
Sumber: Djoko Oramono. Budaya Bahari, 2005, hlm. 55 PETA Jalur Pelayaran dan Perdaganga­n di Nusantara Era Srivijaya dan Majapahit.
 ?? Bahari, 2005, hlm. 41 Sumber: Djoko Oramono. Budaya ?? RELIEF Perahu Bercadik Pada Dinding Borobudur.
Bahari, 2005, hlm. 41 Sumber: Djoko Oramono. Budaya RELIEF Perahu Bercadik Pada Dinding Borobudur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia