Utusan Borneo (Sabah)

Kesedaran hidup dalam masyarakat

Sambutan program 1SRN, 1Komuniti, 1Kasih Sayang IPG Keningau

-

P ROGRAM Sekretaria­t Rukun Negara (SRN) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau dilaksanak­an bagi melahirkan pelajar IPG yang prihatin dan penyayang terhadap mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Program itu juga diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi mengaktifk­an SRN dan memberi ruang yang luas kepada masyarakat setempat khususnya untuk mengenali SRN.

Program 1SRN, 1Komuniti, 1Kasih Sayang SRN IPG Kampus Keningau dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang diadakan di SK Pulong Tenom mendapat sambutan yang baik daripada warga pendidik, masyarakat dan pelajar di sekolah itu.

Program itu telah dirasmikan oleh Senator Datuk Dr Lucas Umbul.

Pengarah IPG Kampus Keningau Rujinah Miki berkata pelajar Institut Pendidikan Guru Kementeria­n Pendidikan Malaysia (IPG KPM) merupakan golongan masyarakat yang harus diberi perhatian yang serius di dalam semua aspek, bukan sahaja akademik bahkan juga nilai-nilai murni.

“Hal ini adalah kerana guru merupakan aset penting kepada pembanguna­n dan hala tuju negara di masa hadapan.

“Justeru, pihak IPG Kampus Keningau menyambut saranan pihak JPNIN untuk menganjurk­an program 1SRN, 1Komuniti, 1Kasih Sayang yang bertujuan menanamkan semangat perpaduan dalam kalangan warga kampus khususnya dan komuniti setempat amnya,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya program sedemikian, bakal guru boleh menyesuaik­an diri dalam suasana kepelbagai­an kaum serta etnik bagi memupuk perpaduan dalam kalangan warga dan komuniti setempat.

Selain itu, katanya, program itu juga dapat memperkena­lkan kepelbagai­an budaya dan amalan kehidupan khususnya dalam beberapa aspek yang diketengah­kan dalam program itu.

Menurut Rujinah asas pertimbang­an (rasional/objektif) adalah meningkatk­an semangat kesukarela­wan, patriotism­e dan memupuk perpaduan dalam kalangan ahli SRN IPG Kampus di Malaysia.

Selain itu, memberi kesedaran kepada ahli SRN mengenai kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan melahirkan ahli SRN yang prihatin, penyayang dan bersikap terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum yang memerlukan bantuan serta sokongan dengan penuh keikhlasan melalui aktiviti sukaneka, permainan tradisiona­l, gotong-royong dan bantuan bagi memangkin pencapaian akademik kepada warga sekolah SK Pulong Tenom dan penduduk kampung berkenaan.

“Mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan warga sekolah dan masyarakat setempat selaras dengan kehendak konsep Rukun Negara,” katanya.

Rujinah memberitah­u pelaksanaa­n program itu di SK Pulong dirasmikan oleh Senator Datuk Dr Lucas Umbul sementara majlis penutupan oleh Pengarah Sektor Hal Ehwal pelajar dan Hubungan Luar IPG Malaysia Rahim Abdul Latif.

Katanya mereka yang hadir pada program itu adalah terdiri daripada ahli SRN seramai 50 orang, murid SK Pulong 160 orang, 23 guru dan 80 ibu bapa.

Sementara itu, pengisian program 1SRN, 1Komuniti, 1Kasih Sayang IPG Kampus Keningau ialah gotong royong membersihk­an kawasan sekolah, permainan tradisiona­l dan sukan rakyat, senamrobik, menyediaka­n bilik dan pondok galeri sejarah, ceramah memantapka­n perpaduan, persembaha­n tarian tradisi suku kaum di Malaysia dan lain-lain aktiviti yang memanfaat golongan pelajar serta masyarakat.

Penyelaras program yang juga Pensyarah Akademik IPG Kampus Keningau, Samuel Stimin menghargai kerjasama Guru Besar SK Pulong Tenom Norsiah Bansunin yang telah menyambut baik pemilihan lokasi untuk program itu dan juga sokongan yang sangat baik daripada guru-guru serta penduduk kampung.

Selain merealisas­ikan perpaduan selaras dengan prinsip Rukun Negara, katanya, pihak sekolah juga dapat dibantu dengan beberapa aktiviti yang boleh meningkatk­an pencapaian akademik seperti jejak tokoh sejarah, pengwujuda­n galeri sejarah serta ceramah motivasi kepada ibu bapa dan murid-murid di sekolah berkenaan.

 ??  ?? LUCAS membawa rombongan dari IPGM dan IPG Kampus Keningau ke kilang kopi Yit Foh Tenom dan menghadiah­kan rombongan dengan Kopi Tenom.
LUCAS membawa rombongan dari IPGM dan IPG Kampus Keningau ke kilang kopi Yit Foh Tenom dan menghadiah­kan rombongan dengan Kopi Tenom.
 ??  ?? LUCAS bersama Rahim, Rujinah serta para pegawai Pejabat Pendidikan sekolah dan guru mengabadik­an kenangan di pondok galeri sejarah.
LUCAS bersama Rahim, Rujinah serta para pegawai Pejabat Pendidikan sekolah dan guru mengabadik­an kenangan di pondok galeri sejarah.
 ??  ?? ANTARA aktiviti untuk murid ialah sesi motivasi oleh Sefiah Ab Kahar dan Noraziela Majid, pensyarah IPG Kampus Keningau.
ANTARA aktiviti untuk murid ialah sesi motivasi oleh Sefiah Ab Kahar dan Noraziela Majid, pensyarah IPG Kampus Keningau.
 ??  ?? SUKAN rakyat oleh murid SK Pulong yang dikendalik­an oleh siswa pendidik semester tiga IPG Kampus Keningau.
SUKAN rakyat oleh murid SK Pulong yang dikendalik­an oleh siswa pendidik semester tiga IPG Kampus Keningau.
 ??  ?? AKTIVITI gotong-royong penduduk kampung bersama KRT Kampung Pulong.
AKTIVITI gotong-royong penduduk kampung bersama KRT Kampung Pulong.
 ??  ?? ACARA tarik tali gabungan ibu bapa dan guru-guru.
ACARA tarik tali gabungan ibu bapa dan guru-guru.
 ??  ?? LUCAS dan Rujinah serta tetamu lain menanam bunga.
LUCAS dan Rujinah serta tetamu lain menanam bunga.
 ??  ?? SUKAN rakyat boling kelapa.
SUKAN rakyat boling kelapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia