Utusan Borneo (Sabah)

Membongkar rahsia Kedah Tua di Sungai Batu

- Gambar Bernama Oleh Sakini Mohd Said dan Ismail Amsyar Mohd Said

TIDAK seperti selalu,” getus hati kecil Husain Bakar, 56, sebaik melihat kemunculan beberapa kenderaan dan aksi luar biasa sekumpulan anak muda di ladang kelapa sawit, kampung Padang Tok Naim atau juga dikenali sebagai Sungai Batu.

Sibuk mencari sesuatu melalui peralatan digital, ada juga beberapa daripada mereka begitu khusyuk mengorek tanah di kawasan tertentu dengan mengguna satu alatan kecil.

Tanpa disedari, perbuatan mereka jelas mencuri perhatian bapa kepada seorang anak lelaki ini.

Apatah lagi, ia dilakukan pada waktu tengah hari dan kebiasaann­ya kawasan itu sunyi kerana tidak dibuka kepada orang luar.

“Saya ketika itu hendak ke pekan beli barang dapur dan kena melalui ladang tersebut. Saya yakin mereka bukan orang kampung kami dan ini membuatkan saya tertanya-tanya. Tetapi, jawapan diberikan mereka memang mengejutka­n saya.

“Siapa sangka, kawasan yang menjadi laluan saya lebih 40 tahun ini sebenarnya menyimpan khazanah tamadun manusia paling tua di Asia Tenggara,” ceritanya kepada Bernama ketika mengimbau kembali situasi awal proses ekskavasi di ladang berkenaan pada 2007.

Kedatangan sekumpulan pakar dan pelajar arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidik­an Arkeologi Global (PPAG) (USM) Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin ke ladang kelapa sawit Sungai Batu, bertujuan membongkar rahsia sejarah yang sudah lama tersimpan rapi di muka bumi itu.

Selama sembilan tahun lamanya usaha mereka tanpa henti sejak 2009, ekskavasi tidak dapat dilakukan awal kerana geran penyelidik­an diperoleh pada 2009, akhirnya tidak siasia apabila berjaya membongkar sejarah awal permulaan kerajaan Kedah Tua.

Ini kerana berkemungk­inan besar tapak permulaan kerajaan Kedah Tua dipercayai bermula di Kompleks Arkeologi Sungai Batu selain ia mencatatka­n sebagai tamadun paling tua di Asia Tenggara berikutan kewujudann­ya sejak kurun keenam sebelum Masehi ataupun 535 BCE.

Perbezaan antara ‘sebelum Masehi’ dan ‘Masehi’ yang perlu difahami dalam bahasa arkeologi.

‘Sebelum Masehi’ selalu dirujuk dengan BC bermaksud sebelum kelahiran Jesus (dalam kalendar barat), manakala ‘Masehi’ dirujuk ‘Common Era’ (CE) atau ‘Anno Domini’ (AD) iaitu pentarikha­n selepas kelahiran Jesus.

Terletak di jalan raya baharu Merbok–Semeling, pembinaan tamadun gah ini telah pun berusia 2,600 tahun dan kajian mendapati ia lebih tua daripada tapak sejarah Angkor Wat Kemboja kurun ke-12 Masehi mahupun Borobudur di Indonesia

kurun kesembilan Masehi.

TIDAK LENGKAP

Hasil penemuan membanggak­an itu, bukan sahaja mengejutka­n Husain mahupun penduduk kampung sekitar kawasan, bahkan seluruh negara termasukla­h pakar-pakar arkeologi dunia.

Malah, ada kecenderun­gan besar untuk data sejarah Asia Tenggara dikemas kini berikutan kajian tersebut.

Berkeluasa­n empat kilometer persegi projek ekskavasi di ladang kelapa sawit Sungai Batu, ia bermula apabila Jabatan Warisan Negara (JWN) meminta agar PPAG USM, melengkapk­an data Lembah Bujang.

Ini berikutan terdapat pelbagai persoalan berbangkit berhubung dengan tarikh-tarikh kewujudan kerajaan Kedah Tua yang dikatakan paling awal wujud pun pada kurun keempat atau kurun kelima Masehi berdasarka­n pada penemuan candi di Lembah Bujang.

Walhal Selat Melaka telah digunakan jauh lebih awal iaitu sebelum Masehi berdasarka­n pada rekod sejarah dan tidak mustahil kerajaan Kedah Tua juga mungkin sudah lama terbina tamadunnya, kata Mokthar.

“Persoalan yang timbul adalah di manakah pedagang-pedagang seperti China, India, berlabuh pada zaman sebelum Masehi sekiranya Selat Melaka sudah digunakan lebih awal?

“Justeru, PPAG menggunaka­n pendekatan untuk memeta semula sekitar kuno Lembah Bujang bagi mendapatka­n gambaran lengkap tamadun Kedah Tua. Kaedah penderiaan jauh dari udara telah digunakan untuk menentukan di mana paras laut pada tahun satu Masehi.

“Proses itu dipanggil paleo alam dan mengapa aras laut, ia kerana laut berkait rapat dengan tamadun awal serta dapat mengetahui laluan perdaganga­n ketika itu,” katanya.

Hasil kajian itu, PPAG mendapati paras air laut pada kurun pertama Masehi lebih tinggi daripada aras sekarang dan tapak Sungai Batu, adalah lebih menghampir­i laut ketika itu manakala tapak lain yang ditemui oleh pengkaji sebelum ini seperti di Sungai Mas dan Pengkalan Bujang masih lagi berada di bawah air laut pada zaman tersebut.

“Saya terus ke Sungai Batu dan kajian kami tidak silap apabila kelihatan bongkahan bata timbul di permukaan ladang kelapa sawit.

“Susulan itu, PPAG telah berjaya memetakan 97 tapak dalam keluasan sekitar 4km persegi,” katanya.

Sehingga hari ini, sebanyak 52 tapak sudah dibuka daripada 97 tapak yang dipetakan di Kompleks Arkeologi Sungai Batu dan PPAG telah mengenal pasti empat fungsi berbeza.

Ia adalah tapak ritual, peleburan besi, pelabuhan dan monumen pentadbira­n yang juga dikenali sebagai syahbandar.

Menurut Mokhtar, bukti pentarikha­n masyarakat di Sungai Batu telah memulakan satu tamadun pada 535 BCE, iaitu yang terawal di Asia Tenggara, adalah berdasarka­n pada tapak peleburan besi.

“Kami menjumpai relau, bijih mentah, sisa besi, tuyere (peniup angin), jongkong besi dan arang peleburan yang begitu banyak di kawasan ekskavasi,” katanya.

WARISAN DUNIA

Paling menarik, adalah penemuan tapak ritual atau keagamaan yang ditemui tertanam 1.5 meter dari permukaan tanah.

Monumen berusia 110 Masehi atau kurun kedua Masehi itu memiliki keunikan tersendiri kerana mempunyai tapak pada dasarnya berbentuk bulatan yang mana ia merupakan satu-satunya binaan ritual yang memiliki reka bentuk sedemikian di dunia, manakala di atasnya pula terdapat seni bina empat segi tepat dan paling atas merupakan struktur bulatan kecil dengan diameter 1.5 meter.

Menurut Mokhtar, monumen ritual itu dikaitkan dengan amalan animisme masyarakat Sungai Batu ketika itu yang digunakan untuk penyembaha­n Gunung Jerai yang berada di bahagian utara pada awalnya sebelum digunakan sebagai monumen Hindu-Buddha mulai kurun keenam Masehi.

Justeru, bagi membuktika­n Kompleks Arkeologi Sungai Batu merupakan pembinaan tamadun paling tua di Asia Tenggara, dua kaedah telah digunakan oleh PPAG iaitu pentarikha­n radiokarbo­n dan ‘Optically Stimulated Uminescenc­e’ (OSL).

“Teknik radiokarbo­n digunakan bagi mengenal pasti tapak peleburan besi dengan menghantar sampel seperti arang ke makmal Radiocarbo­n Beta, di Florida.

“Manakala monumen, sampel bata digunakan dan dihantar ke makmal OSL di Korea, Jepun dan Amerika Syarikat.

“Lebih daripada satu makmal digunakan dan bukan satu sampel sahaja dan keputusan diberikan mereka adalah sama, 535 BC,” katanya.

Baru-baru ini, Kompleks Arkeologi Sungai Batu melakar sejarah apabila diisytihar­kan sebagai tamadun terawal dan tertua di rantau Asia Tenggara semasa majlis penutupan Festival Kedah Tua 2016.

Pengiktira­fan itu diberikan melalui penyerahan plak, lengkap dengan tanda tangan pakar arkeologi dunia.

“Lima pakar arkeologi mewakili lima tamadun utama dunia iaitu Mesopotami­a, Indus, Mesoameric­a, China dan Greek-Rome menandatan­gani plak tersebut, namun pakar arkeologi Mesir tidak dapat hadir dan kami tidak memperoleh tandatanga­n beliau.

“Dengan pengisytih­aran ini, akan membantu melancarka­n usaha mendapatka­n pengiktira­fan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNESCO) ke arah menjadikan­nya sebagai Tapak Warisan Dunia,” katanya. — Bernama

 ?? Gambar Bernama ?? SEBANYAK 97 petak kajian dengan keluasan sekitar empat kilometer persegi telah berjaya dipetakan Pusat Penyelidik­an Arkeologi Global USM di Kompleks Arkeologi Sungai Batu untuk proses ekskavasi. —
Gambar Bernama SEBANYAK 97 petak kajian dengan keluasan sekitar empat kilometer persegi telah berjaya dipetakan Pusat Penyelidik­an Arkeologi Global USM di Kompleks Arkeologi Sungai Batu untuk proses ekskavasi. —
 ?? Gambar Bernama ?? PENEMUAN relau, dapur kuno yang digunakan oleh masyarakat purba Sungai Batu untuk melebur besi, sebahagian sisa besi yang ditemui di Kompleks Arkeologi Sungai Batu membuktika­n bahawa tapak bersejarah itu terlibat dalam industri perusahaan besi di tapak...
Gambar Bernama PENEMUAN relau, dapur kuno yang digunakan oleh masyarakat purba Sungai Batu untuk melebur besi, sebahagian sisa besi yang ditemui di Kompleks Arkeologi Sungai Batu membuktika­n bahawa tapak bersejarah itu terlibat dalam industri perusahaan besi di tapak...
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada pakar arkeologi dan pembentang kertas kerja pada Persidanga­n Antarabang­sa Kedah Tua bergambar dengan plak pengisytih­aran Kompleks Arkeologi Sungai Batu sebagai tamadun terawal dan tertua di Asia Tenggara. —
SEBAHAGIAN daripada pakar arkeologi dan pembentang kertas kerja pada Persidanga­n Antarabang­sa Kedah Tua bergambar dengan plak pengisytih­aran Kompleks Arkeologi Sungai Batu sebagai tamadun terawal dan tertua di Asia Tenggara. —
 ?? Gambar Bernama ?? HUSAIN bersama isterinya, Maznah Yahaya, 53, menunjukka­n laluan ke tapak bersejarah Kompleks Arkeologi Sungai Batu, tidak jauh daripada kawasan rumah mereka di Sungai Petani.—
Gambar Bernama HUSAIN bersama isterinya, Maznah Yahaya, 53, menunjukka­n laluan ke tapak bersejarah Kompleks Arkeologi Sungai Batu, tidak jauh daripada kawasan rumah mereka di Sungai Petani.—
 ?? Gambar Bernama ?? MOKHTAR memberi penerangan kepada pakar-pakar arkeologi dunia ketika melawat Kompleks Arkeologi Sungai Batu. —
Gambar Bernama MOKHTAR memberi penerangan kepada pakar-pakar arkeologi dunia ketika melawat Kompleks Arkeologi Sungai Batu. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia