Utusan Borneo (Sabah)

Murid Tahun 6 SK Pekan Satu teruja sambut Aidilfitri

-

MURID Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (SKPS) teruja meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Ia kerana, sambutan itu adalah yang terakhir sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah tahun hadapan.

Sambutan Hari Raya SKPS dimeriahka­n lagi dengan kehadiran Pengerusi Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) Dato’ Sri Haji Mohd Alias Abdul Rahman dan isteri Datin Sri Hajah Norsiah Abdullah serta Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Raisin Saidin.

Raisin dikejutkan dengan sambutan harijadi beliau yang ke-50 dan menerima hadiah daripada Guru Besar SK Pekan Satu Jaafar Haji Matusin sambil disaksikan oleh Mohd Alias dan Norsiah.

Turut hadir, Yang Dipertua PIBG Muslim Mustapha dan Pegawai Angkat Zaliha Mohd Salleh serta Ketua Unit Peperiksaa­n Sawal Salleh, para penolong kanan Shawal Abd Rahman (Pentadbira­n), Faridah Zaini (Hal Ehwal Murid), Ruhaiah Jumat (Kokurikulu­m) dan Basneh Jamilide (Program Pendidikan Khas Integrasi).

Murid Tahun Enam Genius adalah antara 134 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) begitu gembira meraikan Aidilfitri yang diadakan di Dewan SKPS Paling Manang, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Raisin menasihatk­an murid supaya belajar bersungguh­sungguh, berusaha membanggak­an ibu bapa dan sekolah dengan mendapatka­n keputusan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun ini.

Katanya keputusan yang cemerlang adalah hadiah yang paling bermakna bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga ibu bapa dan guru-guru.

Beliau juga mahu murid menetapkan matlamat dan hala tuju masing-masing sejak di bangku sekolah rendah lagi agar mereka berusaha dengan lebih gigih dan konsisten.

“Kejayaan murid pada hari ini adalah hasil didikan, tunjuk ajar dan bimbingan serta nasihat tidak formal daripada ibu bapa di rumah,”katanya. Selain beramah mesra dengan murid Tahun Ena, tetamu juga mengunjung­i rumah terbuka PPKI sambil beramah mesra dengan anak-anak istimewa.

Sementara itu, Jaafar berkata majlis itu merupakan salah satu aktiviti yang perlu diadakan di sekolah bagi mengeratka­n lagi hubungan silaturrah­im dalam kalangan murid, guru dan komuniti setempat.

Katanya pihak sekolah akan meneruskan tradisi sambutan Aidilfitri itu bagi memberi peluang kepada murid khususnya murid Tahun Enam yang akan meninggalk­an sekolah rendah pada tahun hadapan.

Pada majlis itu, beliau merakamkan ucapan penghargaa­n atas kesudian Mohd Alias selaku Bapa Angkat Korporat hadir bersama isteri yang banyak membantu menjayakan program SK Pekan Satu.

“Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada Pengarah Pendidikan Labuan yang sentiasa meluangkan masa menghadiri program di SK Pekan Satu. Kehadiran tetamu membuktika­n keprihatin­an mereka terhadap warga sekolah khususnya murid-murid,” katanya.

Murid dan tetamu dihidangka­n dengan pelbagai aneka makanan yang dibawa sendiri oleh murid dan guru sekali gus melahirkan rasa kasih sayang sesama mereka.

Majlis Aidilfitri di PPKI dimeriahka­n dengan persembaha­n kanakkanak istimewa yang memiliki bakat tersendiri sekaligus membuktika­n mereka menikmati proses pembelajar­an dan pengajaran yang sempurna daripada guru-guru yang terpilih.

 ??  ?? NORSIAH (dua kiri) yang diiringi Basneh (kiri) bersama kanakkanak istimewa.
NORSIAH (dua kiri) yang diiringi Basneh (kiri) bersama kanakkanak istimewa.
 ??  ?? guruguru selain pendidikan JAAFAR, Shawal dan Basneh bersama guru-guru PPKI.
guruguru selain pendidikan JAAFAR, Shawal dan Basneh bersama guru-guru PPKI.
 ??  ?? MOHD Alias (enam kanan), Norsiah (lima kiri), Raisin (lima kanan) dan Jaafar (empat kanan) bersama pentadbir SK Pekan Satu.
MOHD Alias (enam kanan), Norsiah (lima kiri), Raisin (lima kanan) dan Jaafar (empat kanan) bersama pentadbir SK Pekan Satu.
 ??  ?? MURID Tahun Enam Genius paling gembira meraikan Aidilfitri pada tahun ini.
MURID Tahun Enam Genius paling gembira meraikan Aidilfitri pada tahun ini.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N murid-murid PPKI memeriahka­n lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016.
PERSEMBAHA­N murid-murid PPKI memeriahka­n lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016.
 ??  ?? SHAWAL (dua kiri) meraikan tetamu pada Majlis Aidilfitri di Dewan SKPS Paling Manang.
SHAWAL (dua kiri) meraikan tetamu pada Majlis Aidilfitri di Dewan SKPS Paling Manang.
 ??  ?? MURID Tahun Enam lelaki bergambar kenangan bersama tetamu.
MURID Tahun Enam lelaki bergambar kenangan bersama tetamu.
 ??  ?? RAISIN menerima hadiah harijadi daripada Jaafar.
RAISIN menerima hadiah harijadi daripada Jaafar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia