Utusan Borneo (Sabah)

Tragedi belon udara panas di Texas

Bakul disambar api, disyaki langgar tiang elektrik, saksikan 16 terbunuh

-

LOCKHART: Seramai 16 orang terbunuh apabila sebuah belon udara panas terhempas dalam satu kebakaran teruk di sebuah ladang luar bandar di tengah Texas, pihak berkuasa memberitah­u media tempatan kelmarin, salah satu kemalangan paling teruk dalam sejarah.

Belon tersebut terbakar lalu terhempas dalam kejadian awal pagi di luar pekan Lockhart, kira-kira 30 batu di selatan Austin, menurut Lynn Lunsford dari Pentadbira­n Penerbanga­n Persekutua­n (FAA).

“Ketika anggota kecemasan dan polis tiba di tempat kejadian, mereka mendapati kebakaran yang dilaporkan adalah bahagian bakul belon udara panas,” menurut Pejabat Syerif Wilayah Caldwell dalam Twitter.

Jabatan Keselamata­n Awam Texas mengesahka­n kesemua 16 orang di dalamnya maut, menurut Austin American-Statesman dan media AS yang lain.

Wartawan di tempat kejadian, yang berkumpul di sebatang jalan kampung di mana orang ramai yang melalui kawasan berhenti untuk melopong dalam keadaan panas terik di Texas, diarahkan menjauhi kawasan nahas.

Penduduk tempatan meramalkan belon itu telah melanggar sebatang tiang elektrik yang banyak terdapat di sekitar ladang itu.

“Saya tidak melihat belon itu melanggar apa-apa pun sekadar bunyi kuat dan benda meletup.

“Kemudian saya melihat bebola api,” Margaret Wylie, 66, yang tinggal berhampira­n memberitah­u badan penyiaran TWC News Austin.

Para penyiasat FAA menjalanka­n siasatan di tempat kejadian sebelum Lembaga Keselamata­n Pengangkut­an Negara (NTSB) mengambil alih, menurut Lunsford.

Pasukan respons bukti FBI di bandar San Antonio diminta membantu dalam siasatan, menurut penyiasat utama NTSB Erik Grosof.

Gabenor Texas Greg Abbott menyampaik­an takziah kepada mereka yang terjejas akibat nahas.

Sekeping gambar yang dimuat naik dalam media sosial kelihatan menunjukka­n sebuah belon di udara dengan api besar menyembur dari bawah.

“Satu kebakaran dengan bebola api yang besar.

“Kami tidak dapat men- jelaskan punca kejadian ini,” Don Schulle memberitah­u stesen TV tempatan KYTX, berdiri di hujung padang di mana belon tersebut terhempas.

Jumlah kematian yang tinggi membuatkan kemalangan belon itu sebagai yang paling teruk dalam sejarah di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, angka kematian tertinggi dalam nahas belon udara panas AS adalah enam orang.

Pada 2013, satu penerbanga­n belon udara panas pada awal pagi di atas bandar kuil purba Mesir Luxor mengalami kebakaran lalu terhempas, mengorbank­an 19 pelancong.

Juruterban­g dan seorang lagi pelancong terselamat setelah terjun dari belon.

Bagaimanap­un nahas belon udara panas jarang berlaku di Amerika Syarikat.

NTSB telah menyiasat 760 kemalangan sebegitu antara 1964 dan 2013, dengan 67 kematian.

Tiga orang mati pada Mei 2014 semasa festival belon udara panas di Virginia apabila sebuah belon melanggar tiang elektrik dan terbakar ketika mendarat.

Belon udara panas menggunaka­n gas propana bagi memanaskan udara yang membolehka­nnya terapung.

Mereka diuruskan FAA, yang memerlukan juruterban­g belon yang disahkan dan belon mempunyai sijil kebenaran untuk digunakan di udara.

FAA memeriksa belon digunakan bagi perkhidmat­an komersial selepas 100 jam masa penerbanga­n atau sekurang-kurangnya sekali setahun. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI penguatkua­saan undang-undang memeriksa tempat kejadian nahas belon udara panas yang meragut 16 nyawa di Maxwell, Texas kelmarin. — Gambar Reuters
PEGAWAI penguatkua­saan undang-undang memeriksa tempat kejadian nahas belon udara panas yang meragut 16 nyawa di Maxwell, Texas kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia