Utusan Borneo (Sabah)

FBM KLCI dijangka tidak menentu

Boleh meningkat jika harga minyak pulih dengan pakej rangsangan Jepun

-

KUALA LUMPUR: Trend penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI ( FBM KLCI) diunjur tidak menentu minggu ini tetapi boleh meningkat sekiranya harga minyak dunia lebih baik serta dengan pakej rangsangan Jepun.

Naib Presiden/ Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata pengumuman Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengenai pakej rangsangan sebanyak 28 trilion yen, akan memacu permintaan di pasaran serantau.

“Pakej berkenaan akan memberi limpahan kecairan ke dalam sistem yang akan berakhir dengan pasaran baru muncul, termasuk Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Nazri juga berkeyakin­an yang harga minyak dunia, yang jatuh ke paras terendah dalam tiga bulan, akan pulih minggu ini dengan unjuran langkah kawalan penawaran Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Petroleum (OPEC).

Beliau berkata sokongan segera pada 1,650, manakala halangan pada paras 1,680 mata.

Bagi minggu yang baru berakhir, permintaan di bursa tempatan kebanyakan­nya dipengaruh­i oleh dagangan dalam saham mewah, penurunan ringgit dan berita luar negara termasuk mesyuarat dasar utama oleh Rizab Persekutua­n AS dan Bank of Japan.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 4.16 mata kepada 1,653.26 daripada 1,657.42 yang dicatatkan minggu lepas.

Indeks FBM Emas susut 26.06 mata kepada 11,585.11, Indeks FBMT 100 turun 23.44 mata kepada 11,283.78 dan Indeks FBM Emas Syariah berkuranga­n 17.59 mata kepada 12,198.77.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 84.81 mata kepada 14,186.45, tetapi Indeks Perusahaan susut 37.93 mata kepada 3,095.15 dan Indeks Perladanga­n turun 12.26 mata kepada 7,562.24.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 8.88 bilion unit bernilai RM8.72 bilion daripada 8.71 bilion unit bernilai RM8.41 bilion pada minggu sebelumnya.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan naik kepada 6.42 bilion saham bernilai RM8.29 bilion daripada 5.80 bilion saham bernilai RM7.89 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 852.88 juta unit bernilai RM151.47 juta daripada 1.14 bilion unit bernilai RM166.39 juta minggu sebelumnya.

Pasaran ACE berkuranga­n kepada 1.59 bilion saham bernilai RM271.98 juta daripada 1.75 bilion saham bernilai RM344.53 juta sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia