Utusan Borneo (Sabah)

Festival Rentak Rimba Borneo ketiga tonjol lima tema alam sekitar

-

SANDAKAN: Persatuan Future Alam Borneo (FAB) akan menghidang­kan program pendidikan paling pelbagai dan bersifat eksperiens­ial melalui platform Festival Rentak Rimba Borneo (ROR) pada 20 dan 21 Ogos ini di Rainforest Discovery Centre, Sepilok.

Pengerusi FAB, Anton Ngui berkata orang ramai akan berpeluang meneroka tema ‘Kepupusan dan Hari Selepasnya’, sambil mentafsir dan meneroka isu global, mentransfo­rmasikan alam semula jadi serta bagaimana ia boleh memberi kesan kepada manusia akhirnya.

Menghidang­kan lima zon kandungan iaitu pemulihara­an, pengembara­an, kreatif, muzik dan pawagam, festival ini melibatkan lebih 150 pembekal kandungan dari seluruh Malaysia dan luar negara, katanya pada sidang media di sini barubaru ini.

Menurut beliau, antara penampilan istimewa 2016 ialah pengasas Mongabay. com, Rhett Butler, laman yang menyiarkan berita tentang alam sekitar, reka bentuk hijau dan menyajikan maklumat meluas tentang hutan hujan tropika, yang menjadi ikutan lebih sejuta pembaca setiap tahun.

Anton berkata satu zon baharu, pawagam, akan memberi sokongan tambahan kepada usaha pemulihara­an.

Katanya, Festival Filem Eko Borneo (BEFF), Festival Filem Eko Kuala Lumpur (KLEFF), Festival Filem Eko Singapura (SGEFF) dan Festival Filem Gajah Antarabang­sa (melalui kedutaan Amerikat Syarikat Kuala Lumpur) akan menayangka­n lebih 15 filem dan filem pendek pada ROR tahun ini.

Beliau berkata zon kreatif dan muzik pula akan menampilka­n artis dari seluruh Sabah, Sarawak dan semenanjun­g, termasuk Sada Borneo dan Russell Curtis, manakala bengkel pula akan meliputi kraftangan hingga tarian yang diadakan khusus untuk kanak-kanak serta orang dewasa.

Menurut beliau, pemain gitar utama untuk Beyoncé, seorang guru yoga dan pejuang alam sekitar, Bibi McGill dari Amerika Syarikat akan memberi sokongan masing-amsing melalui persembaha­n muzik dan yoga.

“Untuk menggalakk­an orang ramai lebih menghargai alam semula jadi Borneo, FOB akan mewujudkan platform dikenali sebagai ziplines, slacklines, a Man vs. Wildlife Challenge dan yoga terapung berkaitan pemulihara­an,” katanya.

— Bernama

 ??  ?? PENGERUSI Pertubuhan Alam Mesa Depan (FAB) Anton Ngui (kiri) bersama ahli jawatankua­sa FAB menunjukka­n poster penganjura­n Festival Irama Rimba Borneo Edisi Ketiga yang akan diadakan pada 20 dan 21 Ogos depan di Pusat Penemuan Hutan Hujan di Sepilok selepas mengadakan sidang media mengenai penganjura­n festival tersebut baru-baru ini. Festival itu dibahagi kepada lima zon iaitu pemulihara­an, penggembar­aan, kreatif, muzik dan pawagam. — Gambar Bernama
PENGERUSI Pertubuhan Alam Mesa Depan (FAB) Anton Ngui (kiri) bersama ahli jawatankua­sa FAB menunjukka­n poster penganjura­n Festival Irama Rimba Borneo Edisi Ketiga yang akan diadakan pada 20 dan 21 Ogos depan di Pusat Penemuan Hutan Hujan di Sepilok selepas mengadakan sidang media mengenai penganjura­n festival tersebut baru-baru ini. Festival itu dibahagi kepada lima zon iaitu pemulihara­an, penggembar­aan, kreatif, muzik dan pawagam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia