Utusan Borneo (Sabah)

Francisca buat persediaan rapi ke pentas akhir

- Oleh Jude Toyat

KUCHING: Francisca Luhong James Bungan, berusia 21 tahun dan berasal dari Kuching, Sarawak antara taruhan terbaik yang telah dipilih untuk mewakili Sarawak ke Pertanding­an Akhir Ratu Dunia Malaysia.

Anak gadis kacukan Iban, Kayan dan Kenyah ini merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara di Melaka.

Beliau adalah anak sulung daripada 3 adik beradik dan merupakan satu-satunya anak perempuan bagi pasangan James Mering Bungan dan Pauline Japok.

Francisca yang ditemui semasa Thanks Giving Dinner yang dihoskan oleh beliau sendiri memberitah­u pihak media bahawa buat masa sekarang beliau tengah mempersiap­kan diri sebelum ke pertanding­an akhir Ratu Dunia Malaysia yang akan diadakan pada 27 Ogos 2016 di Corus Hotel, Kuala Lumpur.

Beliau juga menghadiri kelas Catwalk, kelas tarian dan kelas Public Speaking bagi memantapka­n lagi persediaan beliau.

Francisca juga pernah mengadakan Program Amal bersama pelajarpel­ajar Pendidikan Khas di SMK Muara Tuang. Beliau berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada pelajarpel­ajar di sekolah tersebut dan turut memberi sumbangan kepada mereka.

Francisca turut diundang oleh Help Somebody’s Team untuk menjayakan program amal yang diadakan oleh mereka. Help Somebody’s merupakan NGO yang sangat aktif membantu masyarakat-masyarakat yang memerlukan pertolonga­n dan bantuan.

Menurut Francisca lagi, beliau akan mengayakan gaun rekaan anak jati tempatan dari Sarawak untuk aktiviti-aktiviti ‘pageant week’ di Kuala Lumpur nanti.

Rekaan yang dihasilkan oleh mereka sememangny­a sangat luar biasa dan sudah tiba masa bagi perekapere­ka dari Sarawak untuk membawa keluar hasil rekaan mereka ke luar Sarawak agar lebih dikenali secara umum dan membuktika­n bahawa rekaan mereka setaraf dengan perekapere­ka antarabang­sa.

Francisca juga turut berterima kasih kepada individu-individu yang sentiasa memberi sokongan kepada beliau seperti dan juga semua pihak yang terlibat yang telah banyak membantu beliau.

Francisca berharap dengan persediaan rapi ini beliau akan dapat mengulangi kejayaan seperti yang telah dilakukan oleh Dewi Liana Seriestha, anak jati Sarawak yang memenangi pertanding­an tersebut pada tahun 2014.

Francisca juga berharap agar semua anak-anak Sarawak sentiasa terus memberi sokongan kepada beliau.

 ??  ?? FRANCISCA bijak menggayaka­n setiap busana yang dikenakan dan menjadikan­nya nampak begitu elegan. JADI PILIHAN: Francisca kini menjadi model pilihan setiap pereka fesyen bukan sahaja di Sarawak malah di luar negeri juga.
FRANCISCA bijak menggayaka­n setiap busana yang dikenakan dan menjadikan­nya nampak begitu elegan. JADI PILIHAN: Francisca kini menjadi model pilihan setiap pereka fesyen bukan sahaja di Sarawak malah di luar negeri juga.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GADIS tinggi lampai Francisca Francisca Luhong James Bungan yang menjadi taruhan Bumi Kenyalang ke pertanding­an Ratu Dunia Malaysia 2016.
GADIS tinggi lampai Francisca Francisca Luhong James Bungan yang menjadi taruhan Bumi Kenyalang ke pertanding­an Ratu Dunia Malaysia 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia