Utusan Borneo (Sabah)

MPT hantar surat peguam tuntut permohonan maaf

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Maj l is Perbandara­n Tawau ( MPT) masih meneruskan tuntutan permohonan maaf daripada editorial portal The Sabah Insider Online berhubung penyiaran artikel yang disifatkan sebagai palsu dan berunsur fitnah.

Presiden MPT Alijus Sipil berkata pihaknya sudah menghantar surat melalui peguam MPT kepada pihak editorial portal berkenaan supaya memberikan maklum-balas secara rasmi.

“Kita juga menuntut supaya penulis artikel itu iaitu Karunakara­n A/ L Muthusammy menuntut maaf secara terbuka atas kesilapan laporan terbabit,” katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata maklumbala­s surat peguam itu penting kerana pihaknya menuntut penjelasan daripada pihak editorial portal terbabit khususnya berhubung penyiaran artikel berkenaan.

Dalam perkembang­an berkaitan, tinjauan di portal itu mendapati pihak editorial portal terbabit ada menyatakan permohonan maaf mereka secara terbuka, Sabtu lepas.

Permohonan maaf itu dibuat berikutan penyiaran artikel bertajuk Kerajaan Umno/ BN Lebih Kejam Daripada Kerajaan Rejim Yahudi Bakar Rumah AhliAhli Sendiri Polis Tutup Mata.

Antara kenyataan yang diberikan termasukla­h memohon kerana kesilapan pihak editorial tidak menyelidik terlebih dahulu fakta berkaitan 10 orang mati rentung di Kg Ice Box.

Bagaimanap­un, turut dinyatakan pihak editorial tidak berjaya menghubung­i Karunakara­n supaya menuntut maaf atas kesilapan yang tidak disengajak­an di dalam artikel itu.

Jumaat lepas, MPT tampil membuat laporan di IPD Tawau dan polis mengesahka­n siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah ( Esscom) melalui Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Noor Alam A Wahid Khan turut menyelar penulisan artikel terbabit.

Malah, Noor Alam menyifatka­n artikel itu sebagai mempunyai propaganda tidak baik untuk memburukka­n kerajaan khususnya agensi penguatkua­sa termasuk Esscom.

 ??  ?? ALIJUS
ALIJUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia