Utusan Borneo (Sabah)

Bayi jantung berlubang perlu RM120,000 untuk buat pembedahan

-

KUANTAN: Seorang kanak- kanak berusi a setahun dua bulan yang menghidap masalah jantung berlubang memerlukan kirakira RM120,000 untuk menjalanka­n pembedahan.

Menurut ibunya Norlida Othman, 35, anak sulungnya itu Qarl Muhammad Ziqri Abdul Hafiz menghidap penyakit jantung dan maslah saluran pernafasan sejak berusia 42 hari.

“Sejak dilahirkan, bibir dan kuku Qarl berwarna kebiru- biruan. Namun pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa tentang perkara itu, sehingga anak saya dibawa ke klinik kerana batuk.

“Di si t u doktor memberitah­ubatukanak­saya berpunca daripada masalah jantung. Dia kemudianny­a dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan sebelum dihantar ke Institut Jantung Negara,” kata pembantu tadir ini di rumahnya di Indera Mahkota 1.

Norlida berkata pembesaran Qarl juga agak lewat kerana dia hanya mula merangkak pada usia lapan bulan.

Qarl menj a l a n k a n pembedahan memasang sten pada 2015 dan pada 2 Ogos lalu menjalanka­n pembedahan kateterisa­si untuk memasukkan kateter kecil ke dalam jantungnya dan belon untuk merawat salur pernafasan­nya yang tersumbat.

Anaknya kini diletakkan dalam keadaan bersedia untuk menjalani satu lagi pembedahan bagi menutup dua lubang di kiri dan kanan jantungnya menjelang Aidiladha ini.

“Kos pembedahan dijangka bernilai RM120,000. Setakat ini kami hanya ada RM2,000. Duit simpanan sudah habis digunakan untuk membayar bil pembedahan pertama sebanyak RM40,000 manakalape­mbedahanke­dua berjumlah RM30,000.

“Kami sangat berharap ramai yang dapat membantu kerana doktor memberitah­u pembedahan anak saya tidak boleh ditangguhk­an lagi,” katanya.

Mereka yang berhasrat untuk membantu kanak- kanak ini boleh menghulurk­an sumbangan ke dalam akaun Bank Rakyat Norlida bernombor 2211311367­82 atau nombor akaun Maybank 1560123933­83 suaminya Abdul Hafiz Mohd Asri.

Mereka juga boleh dihubungi di talian 0139181004 atau 017-9990065. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia