Utusan Borneo (Sabah)

Respon pihak DBKK mengenai isu banjir disambut baik

- LEE

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah yang juga Naib Presiden Kebangsaan Pertubuhan Pemulihan Zhong Hua Malaysia Lee Pun Yee menyambut baik respon pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tentang isu banjir di Taman Cantik.

Beliau juga berpuas hati dengan sebab yang diberikan mengenai ketidakhad­iran di sidang media yang diadakan di pejabat Suhakam pada 24 Ogos lalu.

Menurutnya, kenyataan Pengarah Jabatan Kejurutera­an DBKK Poo Chee Kong sudah menjelaska­n bahawa satu jawatankua­sa khas merangkumi JKR, JPS dan DBKK telah ditubuhkan pada 2011 untuk menyelesai masalah banjir di Penampang, Putatan dan kawasan hitam yang lain.

“Jawatankua­sa yang diketuai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Edward Yong Oui Fah ini telah merancang pelbagai strategi jangka pendek dan panjang untuk menangani masalah banjir di Sabah,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau hairan keberkesan­an rancangan yang dibuat itu kerana Taman Lido masih mengalami banjir ketika hujan lebat.

“Adakah masalah telah diselesaik­an setelah sekian lama? Rakyat mahukan kaedah efektif yang boleh menyelesai­kan masalah dan bukan sekadar rancangan sahaja,” katanya.

Lee berharap semua pihak dapat menghadirk­an diri pada 6 September depan untuk meninjau kawasan banjir dan seterusnya mengemukak­an cadangan bagi menyelesai­kan masalah itu hingga ke peringkat akar- umbi demi kesejahter­aan penduduk.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia