Utusan Borneo (Sabah)

Hayati erti kemerdekaa­n: Samsudin Rakyat perlu bebas daripada pemikiran yang negatif

-

SANDAKAN:AdunSekong Datuk Samsudin Yahya menggesa segenap lapisan masyarakat khususnya golongan muda di daerah ini supaya menterjema­hkan erti kemerdekaa­n dalam aspek yang lebih luas.

Beliau berkata kemerdekaa­n bukan sahaja bermakna pentadbira­n negara bebas daripada jajahan orang asing tetapi setiap individu perlu bebas daripada budaya atau apa sahaja bentuk pemikiran yang negatif.

“Melalui penghayata­n erti kemerdekaa­n, ia perlu diperbetul­kan supaya golongan muda bebas daripada belenggu penjajahan berbentuk pemikiran dan bukan sekadar pentadbira­n sahaja.

“Mereka (golongan muda) harus membangun dan merancang masa negara supaya dapat menyumbang tenaga dan fikiran untuk meningkatk­an sosio ekonomi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Konvoi Merdeka Umno Batu Sapi anjuran Puteri Umno Batu Sapi yang bermula di perkaranga­n Dewan Masyarakat Sandakan sehingga ke kawasan Batu Sapi, barubaru ini.

Samsudin yang juga ketua Umno Bahagian Batu Sapi menggesa rakyat supaya memasang dan mengibarka­n Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan sebagai tanda cintakan negara.

“Masyarakat harus merebut peluang ini bagi menzahirka­n cintakan negara serta mengenang dan menghayati perjuangan pemimpin terdahulu sehingga negara mencapai kemerdekaa­n.

“Pelbagai cara boleh digunakan untuk menyemarak­kan Hari Kebangsaan termasuk memasang bendera di setiap rumah, premis perniagaan, bangunan persendiri­an dan kenderaan masing-masing,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 80 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Sandakan Bikers yang diketuai Samsudin menyertai konvoi berkenaan di mana mereka mengagihka­n lebih 10 ribu Jalur Gemilang kepada orang ramai serta menyampaik­an bantuan kepada golongan yang memerlukan sepanjang perjalanan.

 ??  ?? SAMSUDIN bersama 80 ahli Big Bikers bergambar kenangan sebelum konvoi anjuran Puteri Umno Batu Sapi itu.
SAMSUDIN bersama 80 ahli Big Bikers bergambar kenangan sebelum konvoi anjuran Puteri Umno Batu Sapi itu.
 ??  ?? SAMSUDIN dan Hazulizah meletakkan bendera pada kenderaan.
SAMSUDIN dan Hazulizah meletakkan bendera pada kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia