Utusan Borneo (Sabah)

Umno Semporna kerja keras pastikan kemenangan BN

-

SEMPORNA: Umno Bahagian Semporna akan bekerja keras memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang demi kesinambun­gan pembanguna­n serta meneruskan agenda tradisi membela rakyat marhaen.

Pemangku Ketua Bahagian Umno Semporna Dato Sri Nasir Tun Sakaran berkata untuk merealisas­ikan kejayaan itu, jentera Umno bahagian itu akan turun padang bertemu penduduk setiap kampung bagi memberi penjelasan terperinci mengenai isu-isu semasa supaya kesemua ahli dan rakyat di peringkat akar umbi faham dan tidak keliru dengan propaganda yang disebar individu tertentu.

“Sokongan padu yang diberikan 400 ketua cawangan Umno menunjukka­n rakyat di kawasan Parlimen Semporna tetap masih kuat dan percaya kepada perjuangan parti Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Bersama Ketua-Ketua Cawangan Umno Parlimen Semporna, di sini.

Hadir sama, Naib Ketua Bahagian Zakiah Hj Kalipunya (Ketua Puteri); Pemangku Setiausaha Bahagian Mohd Syam Muksan; Ketua Penerangan Datuk Ramlee Marahaban; mantan Adun Sulabayan Datuk Harman Mohammad (AJK); mantan Adun Bugaya Datuk Ba- salie Abd Hamid (AJK); Datuk Abd Hajan Gurimbang (AJK); Pemangku Ketua Wanita Umno Hajah Latifah Penghulu Hindi; Pemangku Ketua Pemuda Umno Ahmad Marzuki Nasir; dan Naib Ketua Puteri Rafeah Buang.

Nasir berkata beliau bersama barisan kepimpinan Umno Semporna menaruh keyakinan itu berikutan sokongan ketua cawangan serta ahli Umno yang masih setia dan tetap bersama Umno di bahagian itu, sekaligus mampu menjamin kemenangan BN kelak.

Beliau yang juga Adun Senallang menegaskan kredibilit­i barisan pemimpin Umno Semporna yang baharu dilantik merupakan hasil gabungan pemimpin lama dan baharu yang mempunyai pengalaman luas dan mampu melonjakka­n parti Umno terus menjadi pilihan rakyat.

 ??  ?? BARISAN pergerakan Wanita, Puteri dan ketua-ketua cawangan Umno Semporna memberikan sokongan mantap pada majlis perjumpaan khas itu.
BARISAN pergerakan Wanita, Puteri dan ketua-ketua cawangan Umno Semporna memberikan sokongan mantap pada majlis perjumpaan khas itu.
 ??  ?? NASIR (tiga kiri), Zakiah (kanan), Mohd Syam (tiga kanan), Ramlee (dua kiri), Ahmad Marzuki (dua kanan) dan Latifah (kiri) turut menyanyika­n lagu Umno.
NASIR (tiga kiri), Zakiah (kanan), Mohd Syam (tiga kanan), Ramlee (dua kiri), Ahmad Marzuki (dua kanan) dan Latifah (kiri) turut menyanyika­n lagu Umno.
 ??  ?? BASALIE (kiri) turut menzahirka­n sokongan padu pada majlis itu.
BASALIE (kiri) turut menzahirka­n sokongan padu pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia