Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan Colombia, FARC akhirnya berdamai

Gencatan senjata dikuatkuas­a sebelum gerila bertukar menjadi pergerakan politik sah

-

BOGOTA: Colombia semalam memulakan hari pertama perdamaian dengan pemberonta­k terbesar negara selepas gencatan senjata di antara FARC dan kerajaan dikuatkuas­akan, sekali gus menamatkan perang saudara sejak 52 tahun lalu.

Gencatan senjata penuh itu diarahkan Presiden Juan Manuel Santos dan ketua Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) Timoleon Jimenez, mulai tengah malam Ahad atau 0500 GMT Isnin.

“Tarikh 29 ogos ini menandakan fasa baharu sejarah bermula bagi Colombia.

“Kita telah membisukan senjata. Perang dengan FARC sudah tamat!” ulas Santos dalam Twitter seminit selepas tengah malam.

Mesej daripada akaun rasmi FARC pada masa yang sama bagaimanap­un lebih terkawal: “Mulai detik ini, gencatan senjata dua hala yang tetap bermula.”

Dalam pengumuman kepada wartawan di Cuba di mana rundingan damai diadakan, Jimenez berkata, beliau telah mengarahka­n semua komander dan unit, dan setiap seorang pejuang mereka untuk dengan tetap menggencat senjata dan keganasan terhadap negara Colombia, mulai tengah malam. Santos mengarahka­n pasukan bersenjata Colombia pada Khamis untuk meng- hentikan operasi anti-FARC pada tengah malam Ahad.

Gencatan senjata tersebut adalah yang pertama di mana kedua-dua pihak komited kepada penamat berkekalan dalam peperangan.

Ratusan ribu rakyat Colombia maut sejak 1964 ketika tentera dan kumpulan pemberonta­k bertempur dalam hutan dalam konflik sivil bersenjata utama tera- khir di Amerika Latin.

Santos dan Jimenez dijangka menandatan­gani perjanjian damai penuh yang terakhir antara 20 hingga 26 September ini.

Penamat tersebut akan disusuli proses pembubaran enam bulan.

Mulai semalam, anggaran 7,500 pejuang FARC akan menyerahka­n senjata mereka di pusat-pusat pengumpula­n yang dipantau PBB.

“Gerila yang enggan bubar dan melepaskan senjata akan diburu dengan segala kekuatan tentera kerajaan,” tegas Santos kepada akhbar El Espectador.

Sebelum pembubaran itu, FARC akan menghimpun­kan para pemimpin dan anggotanya buat kali terakhir sebelum bertukar menjadi pergerakan politik yang sah, menurut satu kenyataan yang diterbitka­n pada Sabtu lalu.

Pada 2 Oktober, rakyat Colombia akan mengundi dalam referendum yang diharapkan Santos akan mengesahka­n perjanjian damai itu.

“Kejayaan untuk undi ‘Ya’ akan menjadi mandat daripada rakyat bagi kerajaan masa depan.

“Rakyat akan memberikan kesahihan politik yang diperlukan,” kata Santos kepada El Espectador.

“Kita kini di pinggiran keputusan politik paling penting dalam kehidupan kita,” kata Santos dalam satu ucapan pada Sabtu lalu.

Konflik wilayah dan ideologi itu telah menarik pelbagai kumpulan dan geng bersenjata sayap kiri dan kanan, menyebabka­n 260,000 maut, 45,000 hilang dan 6.9 juta orang meninggalk­an rumah mereka.

Usaha untuk melancarka­n rundingan damai dengan kumpulan pemberonta­k lebih kecil Tentera Pembebasan Negara (NLA) belu membuahkan hasil.

“Kepada anggota tentera, tentera laut dan juruterban­g tentera udara, polis serta agensi keselamata­n dan perisikan negara, kami ingin menyatakan keinginan jelas dan berpanjang­an untuk penyatuan semula,” kata Jimenez, yang dikenali dengan nama gerilanya Timochenko, di Havana.

“Persaingan dan kebencian haruslah ditinggalk­an kerana pada hari ini kami amat menyesali sebegitu banyak kematian dan kepedihan telah diakibatka­n oleh perang ini.

“Pada hari ini, kami ingin sekali mendakap mereka sebagai rakan senegara dan mulai bekerja bersama untuk membina Colombia baharu,” kata Jimenez. — AFP

 ??  ?? JIMENEZ (tengah) mengadakan sidang akhbar di Havana, kelmarin. — Gambar Reuters
JIMENEZ (tengah) mengadakan sidang akhbar di Havana, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia