Utusan Borneo (Sabah)

Ceramah motivasi suntik semangat 400 calon UPSR

-

LABUAN: Seramai 400 murid dan guru telah menjayakan program ceramah motivasi UPSR hasil kerjasama empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai, SK Bebuloh, SK Bukit Kalam dan Labuan Internatio­nal School (LIS) di Auditorium LIS pada 27 Ogos lalu.

Ceramah motivasi itu disampaika­n oleh Guru Besar Cemerlang Nordin Taip yang merupakan penceramah motivasi negeri Sabah yang bergiat aktif dalam memberi ceramah motivasi dan membantu kecemerlan­gan sekolah luar bandar di negeri Sabah.

Beliau yang berasal dari Kampung Menumbok, Kuala Penyu, Sabah bekas Guru Besar SK Chinta Mata, Tenom Sabah yang berjaya menaikkan kecemerlan­gan lima tahun berturut- turut daripada band 5 (GPS 2.75) pada tahun 2010 kepada band 1 (GPS 1.56) pada tahun 2014 dengan pantas.

Beliau juga berjaya membimbing ramai murid pemulihan memperoleh keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan cemerlang.

Menurut Nordin, salah satu kejayaan murid khususnya Tahun 6 adalah melalui kaedah paksa iaitu amalan wajib untuk murid hadir ke sekolah.

Katanya kehadiran murid ke sekolah tanpa gagal adalah asas untuk murid Tahun 6 berjaya dalam kecemerlan­gan dalam UPSR.

“Tidak ada yang mustahil untuk murid berjaya. Semua murid ada kelebihan. Jika murid ada matlamat, rajin hadir ke sekolah, fokus di dalam kelas, rajin ulangkaji, dengan ditambah bantuan guru dan ibu bapa sudah pasti kejayaan dapat dimiliki,” katanya.

Sementara itu, menurut pengerusi program Mahani Hussin. kecemerlan­gan dalam peperiksaa­n UPSR untuk mendapat 6A adalah impian empat sekolah di Labuan.

“Program sebegini dapat membantu memberi motivasi kepada murid tahun enam. Saya percaya amalan paksa dalam kehadiran murid adalah satu kaedah yang boleh memberi kepada kecemerlan­gan murid dan sekolah,” katanya.

Ketua Unit Perhubunga­n, Pendaftara­n dan Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Labuan Zaleha Mohd Salleh dalam ucapan perasmian penutupann­ya pula berkata adalah menjadi harapan pihak JPWPL agar jalinan kerjasama sekolah di Labuan diteruskan untuk mengekalka­n jaminan kualiti yang baik.

Katanya semua program untuk kecemerlan­gan sekolah akan diaplikasi supaya dapat membuahkan hasil. Ceramah sebegini dapat mencapai objektif dalam membangkit­kan pengetahua­n keyakinan diri, kegigihan dan motivasi untuk mendapatka­n 6A dalam peperiksaa­n UPSR menjelang tiba nanti.

Zaleha berharap semua murid akan mendapat keputusan UPSR yang dapat membanggak­an negeri Labuan.Tahniah juga diucapkan kepada empat sekolah, penolong-penolong kanan sekolah serta AJK pelaksana program kerana berjaya menganjurk­an program ceramah motivasi UPSR ini.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saisin yakin jika semua pihak berusaha bersungguh­sungguh, hasrat lebih ramai calon untuk mendapatka­n keputusan 6A dalam UPSR pada tahun ini akan tercapai.

“Jabatan Pendidikan Labuan menyasarka­n keputusan UPSR berada di kelompok 10 yang terbaik di seluruh negara. Saya menaruh kepercayaa­n kepada guru-guru untuk membantu jabatan merealisas­ikan hasrat ini,” katanya.

Turut hadir, Guru Besar SK Bukit Kalam Mahani Hussin; Guru Besar SK Bebuloh Hajah Dayang Damit Haji Md Yassin; Guru Besar SK Pantai Jumat Latip; dan Pengetua LIS Zainab Batin.

 ??  ?? NORDIN mengetuai sorakan ‘Kami Boleh’ bersama-sama murid, guru, guru besar dan pengetua sekolah.
NORDIN mengetuai sorakan ‘Kami Boleh’ bersama-sama murid, guru, guru besar dan pengetua sekolah.
 ??  ?? CALON UPSR terhibur semasa program motivasi berlangsun­g.
CALON UPSR terhibur semasa program motivasi berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia