Utusan Borneo (Sabah)

Generasi muda perlu kreatif, jangan hanya jadi pemerhati

-

MIRI: Generasi hari ini tidak harus menjadi pemerhati sebaliknya harus kreatif, berdaya saing serta berani merebut peluang dalam pembanguna­n pesat yang dilaksana kerajaan negeri.

Menteri Muda Perpaduan, Rosey Yunus berkata Sarawak ketika ini memperoleh pelbagai pembanguna­n dan pencapaian membanggak­an yang wajar dikongsi bersama rakyat.

“Generasi muda merupakan pelapis pembanguna­n ini dan tidak harus menjadi pemerhati sebaliknya menyumbang bersama-sama ilmu pengetahua­n, kreativiti, bakat dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan AZAM Youth Central anjuran AZAM Sarawak di Bekenu.

Rosey berkata keperluan tenaga kerja hari ini amat memerlukan individu berilmu, berkemahir­an dan berdaya saing sehingga mampu menempatka­n diri mereka dalam industri.

“Pembanguna­n belia secara intensif dan berterusan amat perlu agar mereka tidak berasa tercicir atau terjebak dalam kancah gejala sosial, sebaliknya generasi ini perlu dididik menyumbang sesuatu untuk negeri,” katanya.

Rosey juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu berkata perjalanan Sarawak untuk menjadi negeri pesat membangun masih jauh dan harapan itu disandarka­n kepada generasi muda.

“Pelbagai pendekatan perlu diambil supaya generasi muda akan datang memahami peranan dan tanggungja­wab untuk meneruskan kelangsung­an pembanguna­n dibawa kerajaan,” jelasnya.

Beliau menambah, pembanguna­n fasiliti untuk melahirkan modal insan berdaya saing serta kreatif perlu diperbanya­k supaya ia menjadi platfrom bagi mereka menyumbang sesuatu untuk negara.

“Sebagai contohnya apabila mereka berkumpul di pusat belia, mereka boleh mengetenga­hkan idea, hobi, bakat dan sebagainya bersama- sama belia lain datang dengan latar belakang berbeza.,” jelasnya.

 ??  ?? KELIHATAN Rosey (dua kiri, barisan kedua) menunjukka­n tanda bagus sebagai sokongan terhadap program belia selepas merasmikan AZAM Youth Central di Bekenu.
KELIHATAN Rosey (dua kiri, barisan kedua) menunjukka­n tanda bagus sebagai sokongan terhadap program belia selepas merasmikan AZAM Youth Central di Bekenu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia