Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Selangor selamat diijab kabul dengan Norashikin, pembaca berita RTM

-

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah selamat diijab kabul dengan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 31 Ogos lepas.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddi­n dan Norashikin dinikahkan oleh Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam majlis pernikahan yang sederhana dan ringkas atas titah baginda.

Munir berkata pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Al Fadil Imam Paduka Mohd Rasid Mahful; Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin dan bapa serta anggota keluarga pengantin perempuan.

Sultan Sharafuddi­n dilahirkan di Istana Jema’ah Klang (kini Kolej Islam Sultan Alam Shah) pada 24 Dis 1945.

Ini adalah pernikahan ketiga Sultan Selangor selepas mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal pada 1968 tetapi bercerai pada 1986 dan kemudian berkahwin dengan Puan Nur Lisa Abdullah ( rakyat Amerika) tetapi bercerai pada 1997.

Baginda mempunyai dua puteri dan seorang putera iaitu Tengku Zerafina, 47, Tengku Zatashah, 43, dan Tengku Amir Shah (kini Raja Muda Selangor), 26.

Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.

Beliau pernah bertugas sebagai pramugari dan mempunyai dua orang anak, Nur Amanda, 17 dan Adam Salleh, 14 daripada perkahwina­n terdahulu dengan seorang juruterban­g Mustapha Kamal Halim. -Bernama

 ??  ??
 ??  ?? JELANI
JELANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia