Utusan Borneo (Sabah)

Persembaha­n satu malam Afgan di Kuala Lumpur malam ini

-

BINTANG sensasi Indonesia Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai AFGAN, kembali ke Malaysia untuk sebuah konsert AFGAN ‘SIDES’ Live in Malaysia 2016 yang akan diadakan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur, jam 8 malam ini.

Konsert satu malam anjuran Dazzling Lifestyle ini adalah sebagai menyokong kemunculan album terbarunya, ‘SIDES’ selepas tiga tahun kemunculan ‘L1ve To Love, Love To L1ve’. Muzik ‘SIDES’ kedengaran lebih matang dan pelbagai berbanding dengan kerjakerja album terdahulu.

Menerusi buah tangan terbarunya ini, walaupun Afgan berpegang teguh pada nuansa R&B, namun beliau tetap menggabung­kan unsurunsur blues, elektronik dan orkestra, di mana beliau dapat menghasilk­an lebih banyak lagu cinta sekali gus menyerlahk­an sisi berbeza dirinya.

Untuk menghangat­kan lagi persembaha­n, rapper yang semakin meningkat naik, SonaOne muncul sebagai penyanyi undangan. Ini juga adalah penampilan julung kalinya buat penyanyi yang turut terbabit di dalam pembikinan album ‘SIDES’ untuk berkongsi pentas dengan Afgan.

Tiket untuk AFGAN ‘SIDES’ Live in Malaysia 2016 berharga RM188 (Gangsa), RM288 (Perak), RM388 (Emas), RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM788 (Diamond VIP untuk pakej sesi bertemu peminat) dijual dengan laris.

Pakej Diamond VIP merangkumi tiket konsert, pas untuk sesi soundcheck, sesi bergambar dengan AFGAN, album yang ditandatan­gani serta poster konsert. Tiket-tiket boleh didapati melalui TicketChar­ge di www. ticketchar­ge.com.my.

Terkenal dengan lantunan vokal beliau yang hebat menerusi lagu-lagu seperti ‘Katakan Tidak’, ‘Jodoh Pasti Bertemu’, ‘Terima Kasih Cinta’, ‘Bukan Cinta Biasa’ dan ‘Knock Me Out’, kehadiran Afgan di layar perak juga dapat dirasai.

Dia juga berjaya menduduki satu kerusi panel juri program realiti, X Factor Indonesia menggantik­an penyanyi Anggun. Dalam belantara filem Indonesia, selain diberi peranan utama dalam ‘Cinta 2 Hati’ dan ‘Refrain’, Afgan juga bergelar salah seorang sutradara filem ‘Gila’.

Mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagram, Afganisme, iaitu gelaran untuk peminat setianya, mereka ini bukan saja datang dari tanah airnya sendiri tetapi merangkumi negara Asia yang lain seperti Brunei, Singapura dan sudah tentu Malaysia.

Sehingga hari ini, beliau telah mengeluark­an EP dan 4 album termasuk yang terbaru SIDES. Afgan juga pernah bekerjasam­a dengan nama-nama besar lain seperti Bebi Romeo, Rossa, Raissa dan Taufik Batisah, sedangkan untuk album terbaru SIDES ini Afgan bekerjasam­a dengan muzik luar negera seperti Mark Hill dari United Kingdom (penerbit Craig David dan Ed Sheeran).

Sepanjang bergelar anak seni, AFGAN menerima 5 anugerah daripada 19 pencalonan di Anugerah Muzik Indonesia (AMI). Di luar Indonesia, beliau juga pernah memenangi Anugerah Muzik Dunia untuk Artis Lelaki Terbaik Indonesia, Artis Asia Terbaik untuk Festival Lagu Asia dan juga Asia Song Festival Artis Asia Terbaik dan Pertubuhan Harta Antarabang­sa Dunia (WIPO) atas kreativiti­nya dalam muzik.

Beliau juga pernah dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), majlis anugerah muzik persis Grammy di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, sila layari Dazzling Lifestyle di https://www.facebook.com/DazzlingLi­festyle. my atau dazzling_lifestyle (https://www.instagram.com/dazzling_lifestyle) di Instagram.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia