Utusan Borneo (Sabah)

Musim durian Ranau kini bermula

- Oleh JAINUDIN NASIR

MUSIM durian di daerah Ranau kini sudah bermula dan longgokan ‘Raja Buah’ berkenaan sudah banyak kelihatan di pasar terbuka serta di gerai-gerai buah sekitar pekan berkenaan.

Ramai penjaja dan pemilik kebun durian mencadangk­an pada bulan September atau Oktober depan diadakan Pesta Durian peringkat daerah kerana bekalan buah durian kini mencukupi dan dijangka akan berkuranga­n akhir Oktober.

Ramai para penjual buah durian yang ditemui memberitah­u, sejak awal bulan Septembar ini, bekalan buah durian sudah bertambah.

“Ianya mencukupi untuk mengadakan Pesta Durian untuk memberi peluang kepada para pekebun dari kawasan DUN Paginatan, Kundasang dan Karanaan untuk memasarkan buah durian mereka.

“Bagi saya, Pesta Durian amat sesuai diadakan akhir bulan September atau Oktober sebelum bekalan berkuranga­n,” jelas pengerusi penjaja buah durian tempatan pekan Ranau Abin Mail yang berasal dari Kg. Lohan Ulu Ranau.

Menurutnya, antara jenis atau klon buah durian yang ada dijual buat masa ini termasukla­h D.24 Super, Mas Pahang, D.2, D.10, Durian Susu, Durian Pisang, Dalit, Sukang, Susu Kuning, Musang King, Maraang, Tikar, Udang Merah, D.99 dan sebagainya.

Tinjauan ke Pasar Terbuka Pekan Ranau kelmarin mendapati, selain buah durian turut dijual ialah manggis, cempedak, mangga, jagung, pisang, tarap dan sebagainya dijual dengan harganya yang berpatutan.

“Kami menjual pelbagai jenis buah durian di gerai ini dengan harga berpatutan yang pasti memberi kepuasan kepada para pembeli,” kata Petronela Peter, 23, dari Kg.Kandawayon.

Cerita sama turut dikongsi oleh Rainah Juharin dari Kg.Paka Dua, Lily Duasa dari Kg.Puru-Puru, Undy Jainulah dari Kota Kinabalu seorang pemborong buah durian, Dorimi Madukil dari Kg.Kologon Ranau dan Arinah Gundilou dari Kg.Poropot Ranau.

Menurut Petronela, bekalan yang mereka jual adalah dari kebun sendiri dan yang lainnya dibeli daripada para pekebun sekitar Ranau dan Kundasang.

“Sekarang, sudah musim buah durian di daerah ini dan ramai pemborong dari beberapa buah daerah di Sabah datang memajak buah durian untuk dijual di tempat lain,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? ARINAH (kanan) bersama Dorimi, penjual buah durian pelbagai jenis.
ARINAH (kanan) bersama Dorimi, penjual buah durian pelbagai jenis.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada pengunjung bersama buah durian kegemaran masing-masing.
SEBAHAGIAN daripada pengunjung bersama buah durian kegemaran masing-masing.
 ??  ?? LILY Duasa memegang buah durian Mas Pahang.
LILY Duasa memegang buah durian Mas Pahang.
 ??  ?? RATIB Duraman (kanan) memperliha­tkan buah durian Maraang (durian merah).
RATIB Duraman (kanan) memperliha­tkan buah durian Maraang (durian merah).
 ??  ?? ABIN memperliha­tkan buah durian Musang King.
ABIN memperliha­tkan buah durian Musang King.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia