Utusan Borneo (Sabah)

CEGAH PENULARAN ZIKA JKNS bertindak proaktif perangi tempat pembiakan nyamuk aedes

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Berikutan pengesahan mengenai kes pertama virus Zika di Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengambil langkah proaktif memerangi tempat pembiakan nyamuk aedes di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ( JKNS) Dr Christina Rundi (gambar) berkata seiring arahan Kementeria­n Kesihatan Malaysia ( KKM), Sabah mengambil langkah memberi penekanan kepada kerja-kerja pembersiha­n tempat pembiakan aedes bagi melindungi masyarakat di negeri ini dari gigitan nyamuk aedes.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an mereka yang menghidap demam, ruam dan konjunktiv­itis supaya mendapatka­n pemeriksaa­n awal di klinik kesihatan dan hospital berhampira­n.

Beliau turut mengulangi saranan KKM supaya individu yang melawat negara yang mempunyai jangkitan Zika diminta tampil membuat pemeriksaa­n segera sekiranya mengalami gejala sedemikian.

Beliau percaya tindakan proaktif masyarakat membantu menghentik­an penularan virus Zika di negara ini.

Pada 1 September, KKM mengesahka­n kes pertama Zika dikesan di negara ini melibatkan seorang wanita berusia 58 tahun berasal dari Bandar Botanic, Klang.

Wanita berkenaan disahkan positif dijangkiti virus Zika selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos lalu apabila mengalami gejala ruam seminggu selepas dia pulang dari negara jiran berkenaan.

“Berdasarka­n sejarah lawatan wanita itu ke Singapura dan anak perempuann­ya yang berada di sana telah dijangkiti virus itu maka, wanita berkenaan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil ujian air kencing menunjukka­n wanita itu dijangkiti Zika,” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m pada Khamis.

Wanita berkenaan yang sedang menerima rawatan itu kini berada dalam proses pemulihan.

Subramania­m berkata, setakat 31 Ogos, Singapura merekodkan 115 kes jangkitan Zika dan lima daripadany­a adalah rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di sana.

Susulan itu, kementeria­n mengambil langkah kawalan vektor di kawasan kediaman kes dan tempat yang dilawati pesakit dengan menggunaka­n larvisid dan semburan kabus.

 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI barang bersubsidi dirampas dan PTI yang berjaya ditahan oleh Esscom dalam operasi itu.
PELBAGAI barang bersubsidi dirampas dan PTI yang berjaya ditahan oleh Esscom dalam operasi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia