Utusan Borneo (Sabah)

Guru cedera ditikam ketika beli makanan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seorang guru wanita mengalami kecederaan di bahagian leher akibat ditikam oleh seorang lelaki ketika sedang memarkir keretanya berhampira­n sebuah restoran di Batu 4, lewat petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zabidi Md Zain berkata mangsa berumur 27 tahun mengalami kecederaan di bahagian leher akibat ditikam dengan menggunaka­n sebilah pisau pemotong buah.

“Kira-kira jam 7.20 malam, anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sandakan telah terima panggilan dari Hospital Duchess Of Kent Sandakan berhubung kes berkenaan,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian kira-kira jam 6.20 petang, mangsa sedang memarkirka­n keretanya di tempat letak kereta berdekatan sebuah restoran, di Batu 4, Sandakan untuk membeli makanan.

“Suspek datang dari arah belakang berdiri di sebelah tepi pintu hadapan kereta mangsadanm­enyuruhman­gsa bergerak ke arah tempat duduk sebelah pemandu,” katanya.

Zabidi berkata mangsa telah menjerit meminta tolong lalu suspek bertindak menikam mangsa menggunaka­n pisau jenis pemotong buah dan terus melarikan diri.

“Mangsa kemudianny­a memandu membawa keretanya menuju ke arah restoran berkenaan untuk meminta pertolonga­n tetapi tidak diendahkan,” katanya.

Beliau berkata mangsa telah balik ke rumah dan memberitah­u rakan yang tinggal serumah sebelum salah seorang rakannya menghantar­nya ke hospital untuk menerima rawatan.

“Polis sedang mencari seorang lelaki muka bujur, berbadan kurus, mata besar, rambut pendek, tinggi lebih kurang 5 kaki, umur lingkungan 20- an untuk membantu siasatan,” katanya.

Zabidi memberitah­u pihak polis masih menyiasat kejadian berkenaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu agar menghubung­i pegawai penyiasat Inspektor Jasmera di talian 089-221251 Balai Polis Sandakan untuk membantu siasatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia