Utusan Borneo (Sabah)

Pembangkan­g Semenanjun­g berniat kawal Sabah

-

KOTA KINABALU: Pendedahan Ketua Pembangkan­g yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin bahawa kepimpinan pusat tidak memberi pengiktira­fan yang sewajarnya kepada cadangan beliau dan percubaan yang berterusan untuk campur tangan dalam pengurusan negeri ini menunjukka­n bahawa parti pembangkan­g yang berpengkal­an di Semenanjun­g seolah- olah berniat untuk mendapatka­n kawalan di Sabah.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) merangkap Pengerusi Bahagian Likas Datuk Chin Shu Ying berkata, kenyataan Lajim itu telah banyak diharapkan daripada parti pembangkan­g dan menjadi peringatan kepada rakyat Sabah bahawa pembangkan­g tidak akan peduli dengan rasa tidak puas hati mereka.

“Parti pembangkan­g cuba menghakis autonomi Sabah. “Jika cadangan daripada Lajim yang juga pengerusi PKR Sabah diabaikan, apa lagi yang diharapkan oleh rakyat Sabah daripada kepimpinan utama pembangkan­g di Semenanjun­g?

Menurut Chin, Lajim juga berkata bahawa timbalan ketua wanita kebangsaan PKR yang datang ke Sabah baru-baru ini cuba memujuk sayap wanita negeri merombak barisan kepimpinan pergerakan itu yang telah disusun.

“Ini menunjukka­n bahawa parti pembangkan­g yang berpengkal­an di Semenanjun­g hanya mahu pemimpin yang taat untuk mengetuai PKR Negeri, mungkin untuk membolehka­n mereka mengawal Sabah,” kata Chin, yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Likas dalam satu kenyataan media kelmarin.

Chin berkata, kenyataan Lajim itu juga mengingatk­annya tentang permintaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk membatalka­n kuasa autonomi Sarawak ke atas Imigresen apabila beberapa pemimpinny­a telah dihalang daripada memasuki negeri itu ketika kempen pilihan raya beberapa bulan lalu.

“Ini bukan serangan pertama oleh parti pembangkan­g yang berpangkal­an di Semenanjun­g terhadap kuasa autonomi Sabah dan Sarawak.

“Lajim patut keluar PKR jika pemimpin- pemimpin pusat beliau terus memberi tekanan kepadanya untuk menghalang parti itu daripada menyebarka­n pengaruh mereka dalam mencabar kuasa autonomi Sabah.”

Chin berkata, partiparti pembangkan­g yang berpengkal­an di Semenanjun­g telah melemahkan usaha oleh Kerajaan Negeri Sabah, parti pemerintah dan rakyat Sabah yang berusaha menarik lebih banyak kuasa autonomi untuk negeri ini.

“Ini membuktika­n dua perkara. Pertama, partiparti pembangkan­g yang berpengkal­an di Semenanjun­g berada di luar berhubung dengan keperluan rakyat Sabah.

“Kedua, parti- parti pembangkan­g hanya mempunyai kepentinga­n mereka di tengah-tengah dan bukannya rakyat di Sabah.”

 ??  ?? CHIN SHU YING
CHIN SHU YING
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia