Utusan Borneo (Sabah)

Beri tumpuan kepada pelajaran

Peringatan kepada pelajar baharu UMS Kampus Sandakan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Semua pelajar dinasihat supaya memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran dan manfaatkan segala peluang yang ada untuk menimba ilmu serta mengasah bakat dengan sebaik mungkin untuk menjadi insan yang berjaya.

“Berusahala­h menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya,” kata Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri Program Bersama Pemimpin sempena Minggu Suai Mesra Kali Ke- 22, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan di Hub Pendidikan Sandakan kelmarin.

Zakaria berkata, pihak kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan semua pelajar sama ada yang datang dari negeri-negeri di Semenanjun­g Malaysia ataupun dari luar negara untuk menimba ilmu di UMS.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Gum-Gum menzahirka­n rasa bangga apabila dimaklumka­n bahawa Fakulti Pertanian Lestari (FPL), UMS Kampus Sandakan bakal menerima pelajar dari negara Thailand melalui program pertukaran pelajar.

“Ini adalah satu perkembang­an yang baik dalam usaha meningkatk­an lagi jaringan kerjasama khususnya dalam bidang pertanian serta menaikkan lagi nama UMS dan negeri Sabah di mata dunia,” katanya.

Menyentuh mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan 2012) yang membenarka­n mahasiswa terlibat dalam persatuan atau kumpulan termasuk parti politik ketika di luar kampus, Zakaria memberitah­u bahawa tujuan akta itu ialah supaya sifat pasif dan berdiam diri pelajar dapat dibuang.

Namun katanya, penglibata­n pelajar mempunyai had tertentu di mana mereka tidak boleh menjadi ahli persatuan atau pertubuhan yang menyalahi undang-undang di dalam atau di luar Malaysia, menjadi ahli persatuan atau pertubuhan yang ditetapkan oleh lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentinga­n dan kesentosaa­n pelajar atau universiti, terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus dan tidak terlibat dengan perhimpuna­n yang boleh menggugat keselamata­n negara.

Sementara itu, Zakaria juga menghadiri Majlis Ikrar dan Aku Janji oleh 104 pelajar baharu FPL sesi 2016/2017 UMS Kampus Sandakan.

Turut hadir ialah Dekan Fakulti Pertanian Lestari Profesor Dr. Wan Mohammad Wan Othman, para pensyarah dan kakitangan FPL, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat ( PPM) GumGum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat Gum-Gum Rosly Aziz serta kakitangan UPPM GumGum.

 ??  ?? ZAKARIA (dua kanan) bersama Wan Mohammad menghadiri Majlis Ikrar dan Aku Janji pelajar baharu Fakulti Pertanian Lestari, UMS Kampus Sandakan.
ZAKARIA (dua kanan) bersama Wan Mohammad menghadiri Majlis Ikrar dan Aku Janji pelajar baharu Fakulti Pertanian Lestari, UMS Kampus Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia