Utusan Borneo (Sabah)

Curi: Tiga lelaki ditangkap polis

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Polis menangkap tiga lelaki termasuk seorang rakyat asing dalam dua kes curi yang berasingan yang berlaku di sini pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superinten­den Douglas Nyeging Taong memberitah­u di sini berkata, dalam kes curi motosikal, polis menangkap dua lelaki tempatan berumur 22 dan 27 tahun dan masingmasi­ng berasal dari Papar dan Sipitang.

Katanya, polis menerima laporan dari seorang lelaki berusia 23 tahun berasal dari Papar pada 19 Ogos jam 9.49 malam di Ibu Pejabat Polis daerah di sini.

“Pada hari yang sama jam 5 petang, pengadu menyedari motosikal jenis Honda EX5 yang enjin tidak berfungsi dan diletakkan di bukit Linsion Senagang telah hilang disyaki dicuri.

“Pengadu telah mencari disekitar rumah namun masih lagi tidak menemuinya,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Douglas berkata, bertindak atas maklumat itu, anggota MPV Balai Polis Keningau berjaya menangkap seorang lelaki di kawasan bukit Linsion.

Katanya, hasil siasatan ke atas saspek, pada 28 Ogos saspek kedua berjaya ditangkap.

Menurut beliau, turut dirampas sebuah motosikal jenis Honda warna hitam milik pengadu dan sebuah motosikal jenis Honda yang dilaporkan hilang di kawasan Putatan berpanduka­n pemeriksaa­n mobile card terhadap nombor enjin dan chasis motosikal tersebut.

Katanya, saspek berasal dari Papar telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang bersabit dengan kes curi motosikal.

Katanya, kedua-dua saspek disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan yang jika sabit bolehd ipenjara satu hingga tujuh tahun dan denda.

Sementera itu, katanya, dalam satu kes lagi, seorang lelaki rakyat asing berusia 41 tahun di sini telah ditangkap kerana terlibat kes curi di sebuah pusat beli belah di sini.

Katanya, pengadu seorang wanita berusia 36 tahun telah membuat laporan polis pada 26 Ogos jam 3.40 petang di mana pada hari yang sama jam 1.06 petang ketika hendak membayar di kaunter bayaran di pusat beli belah itu, pengadu mendapati beg tangan diletakan dalam troli telah hilang disyaki dicuri.

“Pengadu kemudian melihat rakaman CCTV dan mendapati seorang lelaki telah menyelongk­ar troli dan mencuri beg tangan pengadu yang kemudian melaporkan kejadian itu di balai polis di sini.

“Phari yang sama jam 3.50 petang anggota polis cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Keningau berjaya menangkap saspek di padang bandaran di sini,” katanya.

Douglas berkata, turut dirampas dari saspek beberapa barang disyaki dicuri termasuk sebuah handphone jenama Iphone 6 warna putih emas dan wang tunai RM27.

Katanya, saspek direman untuk siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika sabit boleh dipenjara sepuluh tahun dan denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia