Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran Dron Jejak Warisan Sandakan pada 2 Okt

-

SANDAKAN: Cabaran Dron Jejak Warisan Sandakan akan diadakan pada 2 Oktober depan di Dataran Majlis Perbandara­n Sandakan ( MPS) sempena Festival Sandakan 2016.

Setiausaha MPS Jeffery Aman berkata cabaran ini dianjurkan oleh Jawatankua­sa Jejak Warisan Sandakan dibawah MPS dengan kerjasama Persatuan Belia Dron Sandakan.

Beliau berkata cabaran kali ini akan cuba membawa kelainan atau perspektif berbeza berkenaan 11 Jejak Warisan Sandakan menerusi imej yang diambil dari dron.

“Ia bertujuan meningkatk­an kesedaran tentang Jejak Warisan Sandakan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Cabaran ini juga bertujuan agar masyarakat setempat mengetahui sejarah yang menarik di kampung halaman dan sekali gus menjadikan Jejak Warisan Sandakan sebagai tarikan pelancong di Sabah,” katanya.

Jeffery berkata demikian pada sidang media mengenai cabaran dron itu di Wisma MPS, kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Jejak Warisan Sandakan Lai King Hang, jawatankua­sanya serta Pengerusi Persatuan Belia Dron Sandakan Syed Mohd Khairi Syed Salim, dan ahli-ahlinya.

Mengenai cabaran itu, Jeffery berkata setiap peserta akan diberikan satu cabaran mengambil gambar dan penggambar­an salah satu jejak warisan dalam tempoh masa yang ditetapkan semasa pertanding­an berlangsun­g.

“Setiap peserta akan diberi klu untuk menentukan jejak warisan yang mana (daripada 11 jejak warisan) yang mereka akan ambil gambarnya.

“Dua cabaran diberikan iaitu menentukan dengan tepat lokasi yang diberikan dengan spesifikas­i masa yang diberikan,” katanya.

Pendaftara­n peserta kini dibuka mulai 2 Sept hingga 20 Sept secara percuma/guna dron sendiri dengan 50 peserta terawal akan dipilih.

Borang boleh diperolehi di MPS atau muatnaik dari Facebook Sandakan Heritage Trail iaitu www.facebook.com/ sandakanhe­ritage dan hantar borang ke California Computer Centre di Lebuh Dua, Old Slipway, Bandar Sandakan.

Semasa pertanding­an, imej yang diambil menerusi tugasan yang diberikan di lokasi jejak warisan berkenaan diambil menegak diatas lokasi dan satu lagi menunjukka­n peserta berada di lokasi.

Semua video dan gambar mesti dihantar dalam pendrive yang disediakan pihak penganjur.

Tiada editing dibenarkan semasa penghantar­an bahan imej/video yang diambil semasa cabaran itu dan semasa ia berlangsun­g.

Sementara itu, Syed Mohd Khairi berkata, mereka mengalualu­kan penyertaan cabaran itu di mana kelab itu juga pada bila-bila masa bersedia untuk mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi lain dan juga untuk menggalakk­an dan memberi maklumat kepada orang awam mengenai kaedah-kaedah dan peraturan menggunaka­n dron.

Beliau berkata pada masa ini, penggunaan dron di sini yang dibenarkan adalah sehingga 400 kaki atau 120 meter tinggi.

Beliau berkata, kelab berkenaan juga telah membuat pameran serta aktiviti-aktiviti di sekolah dan memberitah­u kepada para pelajar tentang menggunaka­n dron dengan cara yang baik termasuk peraturan-peraturan.

Tambahnya, ahli-ahli kelab biasanya bermain dron mereka di kawasan ragbi IJM selepas waktu bekerja.

Jejak Warisan Sandakan yang ditubuhkan pada tahun 2003 membawa kita kepada sejarah lampau dan menunjukka­n banyak jejak- jejak warisan, iaitu Masjid Jamek, Monumen William Pryer, Tangga Seribu, Rumah Agnes Keith, Tinggalan Tangga Lama, Tokong Cina Goddess of Mercy, Gereja St . Michael, Tokong Cina Sam Sing Kung, Malaysia Fountain, Wisma Warisan dan Muzium Warisan Sandakan. Oleh YUSOP TEPPO

 ??  ?? JEFFERY bersama Lai King Hang dan jawatankua­sanya, serta Syed Mohd Khairi dan ahliahli kelabnya selepas sidang media itu.
JEFFERY bersama Lai King Hang dan jawatankua­sanya, serta Syed Mohd Khairi dan ahliahli kelabnya selepas sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia