Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki warga asing dipenjara, denda

Memiliki keluaran hutan dan taring Harimau Dahan

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki warga negara China masing-masing dipenjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas kesalahan memiliki hasil hutan (gaharu) tanpa kebenaran.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad mengenakan penjara selama dua bulan dan denda RM20,000 terhadap Liu Xian Lin, 34, dan Huang Xian Dong, 32, selepas mengaku bersalah.

Mereka didapati tanpa kebenaran mengikut Enakmen Hutan 1968, memiliki hasil hutan yang tidak berbayar royalti, pada 16 Ogos lalu jam 12.45 pagi, di sebuah bilik hotel, di daerah Keningau.

Liu dan Huang disabitkan mengikut Seksyen 30 (1) (g) Enakmen Hutan 1968, yang tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga tempoh lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya gagal membayar denda, mahkamah memerintah­kan keduadua tertuduh dipenjarak­an selama tempoh 12 bulan.

Sementara itu, Liu sekali lagi dikenakan penjara dua bulan dan denda RM20,000 atau penjara 12 bulan, atas kesalahan memiliki dua batang taring Harimau Dahan ( Neofelis Nebulosa).

Iaitu yang disenarika­n mengikut Bahagian 1 Jadual 1 Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997, tanpa kebenaran.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) enakmen sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 41( 4) enakmen sama.

Jika didapati bersalah, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga tempoh lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Berdasarka­n fakta kes, kedua-dua tertuduh berjaya ditangkap pada hari sama dalam satu serbuan yang dilakukan pegawai dari Jabatan Perhutanan dan anggota polis, di sebuah bilik hotel.

Liu dan dan Huang ditangkap kerana disyaki memiliki kayu gaharu dan taring binatang hidupan liar yang dilindungi.

Antara barangan dirampas dua bagasi, sejumlah wang tunai, kayu gaharu, tiga telefon bimbit dan dua batang taring Harimau Dahan.

Dalam rayuan, peguam Aida Jaafar Mad Ariff berkata, kedua-dua tertuduh bekerja sebagai pemandu pelancong di negeri ini dan tidak mengetahui perbuataan mereka salah di sisi undangudan­g.

Menurutnya, Liu dikenalkan dengan seorang bernama Ah Mee oleh rakannya untuk berjumpa di Keningau, mengambil barang daripada individu terbabit.

“Pada masa sama, individu terbabit memberikan­nya dua taring disyaki Harimau Dahan, ianya diperolehi dari negara Korea untuk diberikan kepada Ah Mee sebagai hadiah,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua tertuduh kesal dengan perbuataan mereka dan ingin segera pulang ke negara asal bagi menanggung keluarga masing-masing.

Pegawai Pendakwa Peter Maurice Lidadun berkata, pihaknya memohon hukumanset­impaldiken­akan ke atas setiap tertuduh.

Katanya, memiliki keluaran hutan dan hidupan liar yang dilindungi semakin serius di Sabah.

“Kami berharap hukuman yang diberikan dapat memberikan amaran kepada bakal pelaku kesalahan sama, disamping memberikan kesedaran dan pengajaran,” katanya.

Peter dibantu oleh Pegawai Penyiasat Bonaventur­e Oliver Boyok.

 ??  ?? LIU berusaha menutup wajahnya.
LIU berusaha menutup wajahnya.
 ??  ?? HUANG (kanan) menutup wajahnya ketika keluar dari kamar mahkamah.
HUANG (kanan) menutup wajahnya ketika keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia