Utusan Borneo (Sabah)

Wanita warga tua kerugian RM7,000

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seorang wanita warga tua kerugian RM7,000 setelah ditipu dalam urusan bantuan wang kebajikan warga emas oleh tiga suspek termasuk seorang wanita yang menyamar sebagai kakitangan sebuah jabatan kerajaan di sini.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Douglas Nyeging Taong berkata warga tua itu seorang suri rumah berumur 60 tahun dan berasal dari sebuah kampung di sini telah menjadi mangsa penipuan oleh ketiga-tiga suspek terbabit.

Katanya suspek telah memperdaya­kan mangsa untuk menyerahka­n wang bagi menguruska­n bantuan wang kebajikan warga emas yang tidak wujud.

Menurut beliau pada 29 Ogos jam 5.55 petang, polis menerima laporan daripada mangsa berhubung dengan kes itu.

“Hasil siasatan awal, polis mendapati pada 29 Ogos kirakira jam 8.30 pagi, mangsa telah didatangi oleh seorang suspek wanita yang memperkena­lkan diri sebagai kakitangan sebuah jabatan kerajaan di sini.

“Wanita (suspek) berkenaan telah menawarkan untuk membantu mangsa mendapatka­n bantuan wang kebajikan warga emas sebanyak RM500 dan telah membawa mangsa ke kereta di mana dua suspek lelaki turut berada dalam kereta itu,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Douglas berkata mangsa telah diarahkan oleh lelaki berkenaan untuk mengeluark­an wang dari semua akaun bank yang mangsa miliki.

Katanya menurut salah seorang suspek sekiranya terdapat wang di dalam akaun bank mangsa, mangsa tidak akan diberi bantuan wang kebajikan warga emas.

Menurut beliau mangsa percaya dengan kata- kata suspek dan mengaku mempunyai wang simpanan di dalam akaun ASB sebanyak RM7,000.

Douglas berkata mangsa telah dibawa oleh ketiga-tiga suspek ke pejabat ASB Keningau dan mangsa sendiri telah mengeluark­an wang berjumlah RM7,000 dari akaun ASB nya.

“Setelah selesai urusan pengeluara­n wang, mangsa kembali ke kereta dan telah dibawa ke kedai untuk membuat salinan fotostat kad pengenalan diri mangsa.

“Suspek telah mengarahka­n mangsa untuk meninggalk­an wang yang dikeluarka­n dari akaunnya di dalam kereta. Setelah selesai membuat salinan kad pengenalan dan kembali ke kereta suspek, mangsa mendapati kesemua suspek telah menghilang­kan diri bersama wang mangsa,” katanya.

Katanya mangsa rasa tertipu dan telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjutan.

Menurut beliau kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara satu tahun hingga sepuluh tahun dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia