Utusan Borneo (Sabah)

Budaya membantu penting diterapkan kalangan masyarakat

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Semangat murni suka membantu di kalangan orang awam harus diberi pujian apabila dua mangsa kemalangan berjaya dikeluarka­n dari tersepit dan dikejarkan ke hospital di sini pada malam Khamis.

Kejadian melibatkan lori 10 tan membawa barangan binaan dan sebuah lori trailer tanker mengangkut minyak sawit itu berlaku pada kirakira jam 8.20 malam di Kilometre 32 Jalan Ranau – Telupid berhampira­n Kampung Nabutan Ranau.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau Jimmy Lagung yang mengesahka­n kejadian itu kepada media memberitah­u, ekoran kejadian itu pemandu kedua lori mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Ranau.

“Kita difahamkan bahawa perlanggar­an berlaku apabila lori 10 tan yang bergerak dari arah Ranau telah melanggar bahagian belakang lori trailer tanker yang bergerak pada arah yang sama.

“Kemungkina­n keadaan hujan lebat dan jalan yang gelap tanpa lampu jalan menyukarka­n penglihata­n para pemandu di kawasan yang agak berselekoh dan berbukit bukau ini agak sukar,” jelas beliau.

Menurut Jimmy, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.29 malam lalu menggegask­an dua buah jentera dengan kekuatan enam orang anggota ke tempat kejadian.

“Walaubagai­manapun, apa yang kita kagum ialah semangat para pengguna jalan yanglain yang telah mengambil inisiatif tanpa menunggu kehadiran pihak penyelamat untuk mengeluark­an mangsa tersepit.

“Tindakan sebegini perlu diberi pujian kerana tindakan tanpa mementingk­an diri telah menyelamat­kan mangsa daripada menderita tersepit danmampume­nerimarawa­tan awal secepat mungkin,” jelas beliau.

 ??  ?? ANGGOTA bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.
ANGGOTA bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia