Utusan Borneo (Sabah)

Masalah rakyat diambil tindakan susulan

Jaminan Pairin sempena Program Hari Bertemu Pelanggan

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan memberi jaminan semua pemasalaha­n yang ditimbulka­n oleh rakyat di sini akan diambil perhatian dan tindakan susulan.

“Masalah penceroboh­an tanah, jalan runtuh dan tadahan air yang dikemukaka­n melalui program ini akan diambil tindakan susulan,” katanya kepada Utusan Borneo selepas program Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan di Pisumpurua­n Square, di sini pada Khamis.

Pada program itu, sebanyak 42 kaunter telah dibuka oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n dan seramai 52 pelanggan hadir mengemukak­an masalah yang dihadapi.

Katanya, penceroboh­an tanah, keruntuhan jalan dan kerosakan tadahan air memang isu yang perlu diambil berat kerana ia melibatkan kepentinga­n semua.

Katanya, rakyat juga tahu betapa penting untuk pihak kerajaan melindungi tanah mereka supaya tidak dicerobohi oleh orangorang yang bukan pemilik ataupun yang mengambil kesempatan untuk melakukan penceroboh­an tanpa mengambil kira mengenai pembanguna­n dan sebagainya.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur amat berpuashat­i dengan kelancaran program ini dan turut mencadangk­an agar hari bertemu pelanggan dapat diadakan pada setiap dua bulan sekali.

Beliau percaya melalui program seumpama ini turut memberi peluang kepada rakyat di kawasan ini mengemukak­an masalah mereka kepada wakil rakyat termasuk ketua- ketua jabatan yang turut serta dalam program ini.

“Saya dan pegawai daerah serta semua ketuaketua jabatan mempunyai ruang yang luas bertemu masyarakat di kawasan ini untuk berbincang dengan perkara- perkara yang dibawa oleh penduduk-penduduk tempatan.

“Memang banyak sekali mereka yang tampil menyampaik­an pendapat, permohonan-permohonan dan rayuan-rayuan selain untuk mengemukak­an cadangan-cadangan.

“Dan memang bagi saya sebagai wakil rakyat merasakan bahawa program ini begitu penting di samping kita berkesempa­tan untuk berjumpa petani- petani dan peniaga- peniaga di tamu dan berkesempa­tan untuk membeli belah dan mendengar masalah-masalah mereka,” katanya.

Justeru katanya, pada keseluruha­n program yang diadakan dapat merapatkan perhubunga­n dengan masyakarat selain mendengar lebih dekat lagi masalah mereka dengan bantuan semua pegawai-pegawai dan ketua-ketua jabatan.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, mereka bukan sahaja bersemuka dengannya mengemukak­an masalahmas­alah tertentu bahkan mereka juga berkesempa­tan terus berhadapan dengan pegawai- pegawai untuk menyelasai­kan masalahmas­alah mereka.

“Pada hari ini saya sempat bertemu seramai 30 orang penduduk dan ada lagi sebahagian yang tidak sempat kita jumpa dan kita nasihatkah mereka agar berjumpa dengan pegawaipeg­awai berkenaan pada masa-masa pejabat.

“Saya ingin berterima kasih kepada pegawai daerah dan semua pegawaipeg­awai yang terlibat untuk bersama- sama dengan masyarakat di sini kerana telah memberi khidmat yang baik dan memuaskan pada perjumpaan ini,” katanya.

Menurut beliau, mereka yang hadir membawa masalah masing- masing dan telah diberikan ulasan dan tindakan susulan akan dibuat.

Beliau mengharapk­an masalah ini termasuk yang sudah diambil tindakan akan berterusan supaya semua tindakan-tindakan susulan tersebut akan diajukan pada pertemuan akan datang.

“Kita berpuashat­i dengan perjumpaan ini kerana kita juga dapat kesempatan untuk mengenal dengan lebih dekat dengan penduduk-penduduk dari kawasan ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan itu.

Pairin berkata, sempena dengan program itu turut diadakan program sampingan derma darah dan berjaya mengutip sebanyak 19 pin.

Turut hadir pada program itu pegawai daerah Thomas Lojigin, Setiausaha Politik Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Daniel Kinsik, Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Welfredoli­ne Jakil dan Stanis Buandi, Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­den Douglas Nyeging taong, Ketua Daerah OKK Philip Datuk Kitingan dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan Silverius Bruno.

 ??  ?? ORANG ramai yang hadir semasa program itu.
ORANG ramai yang hadir semasa program itu.
 ??  ?? PAIRIN sedang meneliti surat oleh seorang pelanggan yang hadir di program itu. Turut kelihatan Thomas (tiga kanan) dan Silverius (kanan).
PAIRIN sedang meneliti surat oleh seorang pelanggan yang hadir di program itu. Turut kelihatan Thomas (tiga kanan) dan Silverius (kanan).
 ??  ?? SUASANA tamu mingguan di pekan Tambunan.
SUASANA tamu mingguan di pekan Tambunan.
 ??  ?? PAIRIN sedang memerhati barangan pertanian yang dijual di tamu itu.
PAIRIN sedang memerhati barangan pertanian yang dijual di tamu itu.
 ??  ?? PAIRIN sedang meneliti salah satu peralatan tradisiona­l yang dijual di tamu itu.
PAIRIN sedang meneliti salah satu peralatan tradisiona­l yang dijual di tamu itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia