Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan sembilan tonto bauksit di sekitar Bukit Goh

-

KUANTAN: Sembilan lelaki yang disyaki menjadi tonto kepada aktiviti mengeluark­an bauksit yang masih tidak dibenarkan buat masa ini, ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas penguatkua­saan di sekitar kawasan Bukti Goh di sini pada bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata ia merupakan tangkapan pertama melibatkan individu yang menjadi tonto kepada kegiatan itu.

“Kesemuamer­ekaberumur dalam lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan di sekitar Felda Bukit Goh dengan empat daripada mereka ditahan pada 15 Ogos, manakala lima lagi ditahan pada 29 Ogos.

Mereka didapati cuba menghalang penguatkua­sa daripada mengambil tindakan terhadap lori-lori membawa keluar bauksit secara haram dengan mengintip pergerakan dan menakutnak­utkan penguatkua­sa termasuk bertindak membaling mercun,” katanya dalam sidang media di sini kelmarin.

Berikutan penahanan itu, katanya polis turut merampas tiga kenderaan pancuan empat roda, dua kereta, tiga unit walkie talkie, dan masing-masing satu kabel, buluh, dan cota.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas.

Bagaimanap­un, empat yang lelaki yang ditahan pada 15 Ogos telahpun dibebaskan dengan jaminan polis, manakala lima lagi lelaki masih ditahan reman selama seminggu bermula daripada tarikh mereka ditangkap.

Kertas siasatan juga katanya, telah dihantar kepada pegawai pendakwa bagi tindakan lanjut.

Pada 30 Jun lepas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunaku Jaafar mengumumka­n keputusan Kabinet untuk melanjutka­n tempoh moratorium bagi perlombong­an bauksit sehingga 14 Sept depan, bagi membolehka­n usaha mengosongk­an simpanan stok bauksit yang berada di luar Pelabuhan Kuantan dan sekitar Bukit Goh dilakukan.

Pelanjutan itu merupakan kali ketiga selepas moratorium pertama selama tiga bulan dari 15 Jan hingga 14 April dilanjutka­n untuk kali kedua selama tiga bulan yang sepatutnya berakhir pada 15 Julai lepas.

Tempoh moratorium akan dilanjutka­n lagi sekiranya simpanan stok bauksit masih tidak berjaya dikosongka­n sehingga 14 Sept ini.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia