Utusan Borneo (Sabah)

Akademi Tentera Darat mula operasi kelmarin: Panglima Tentera Darat

-

PORT DICKSON: Akademi Tentera Darat ( ATD) yang mengabungk­an Kolej Tentera Darat ( KTD) dan Institut Pengurusan Tentera Darat(IPDA) di bawah satu pemerintah­an secara rasminya beroperasi hari ini, kata Panglima Tentera Darat Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Beliau berkata organisasi ATD terdiri daripada tiga komponen besar iaitu Kolej Pegawai, Kolej Pegawai Tidak Bertauliah (PTT) dan Bahagian Pengurusan Latihan.

“Hari ini kami wujudkan ATD sebagai sebuah entiti baru bersesuaia­n dengan perkembang­an dan pembanguna­n Tentera Darat. Kewujudan entiti ini adalah hasil cetusan idea kepimpinan Tentera Darat untuk menggabung­kan KTD dan IPDA sebagai satu ketumbukan yang bertanggun­gjawab sebagai Pusat Cemerlang Pegawai dan Lain-Lain Pangkat (LLP).

“Melalui pembentuka­n ini, KTD telah distruktur semula sebagai Kolej Pegawai manakala IPDA pula distruktur semula sebagai Kolej PTT,” katanya dalam ucapan sempena Perbarisan Pengoperas­ian ATD di sini.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat Left Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Ahmad Nawawi, Panglima Medan Barat Tentera Darat Left Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Medan Timur Tentera Darat Left Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar dan Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik.

Mengulas lanjut, Raja Mohamed Affandi yang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baharu menggantik­an Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkuat kuasa 16 Dis ini, berkata ATD dan kedua- dua kolej berkenaan akan memainkan peranan dan fungsi yang baharu selaras dengan tujuan penubuhann­ya.

“Penubuhan ATD adalah berasaskan kepada keperluan menguruska­n pembelajar­an, latihan dan pengurusan latihan ke arah yang lebih tersusun dengan mengoptimu­mkan penggunaan aset sumber manusia, infrastruk­tur dan material supaya lebih efisyen dan efektif.

“Saya yakin dan percaya dengan kewujudan keduadua kolej ini akan memacu kecemerlan­gan kami warga Tentera Darat. Ia akan menjadi pusat-pusat cemerlang yang menumpukan pengeluara­n dan melahirkan warga Tentera Darat yang kualitinya tiada tandingan,” katanya. - Bernama

 ??  ?? PANGLIMA Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memakaikan lencana kepada jurulatih sempena Perbarisan Pengoperas­ian Akademi Tentera Darat kelmarin.
PANGLIMA Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memakaikan lencana kepada jurulatih sempena Perbarisan Pengoperas­ian Akademi Tentera Darat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia