Utusan Borneo (Sabah)

Najib ikrar terus istiqamah majukan agama, negara

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin berikrar akan terus istiqamah dan ikhlas meneruskan perjuangan untuk memajukan agama dan negara.

Perdana menteri berkata pengalaman selama lebih 40 tahun berkecimpu­ng dalam dunia politik dan kerajaan telah sedikit sebanyak mengajar beliau tentang hal ehwal pentadbira­n.

Bagaimanap­un, katanya, beliau juga berdepan pelbagai situasi getir, masalah dan kejadian-kejadian lain yang berlaku di luar kawalannya.

“Ramai orang berpandang­an bahawa seorang perdana menteri itu berkuasa dan berpengeta­huan atas segala perkara dalam negara ini.

“Hakikatnya, tidak. Kita perlu sedar bahawa banyak perkara berlaku memang di luar kawalan seorang perdana menteri, malah saya hanyalah seorang hamba Allah yang mempunyai kelemahan dan juga ilmu yang masih perlu saya pelajari,” katanya dalam rakaman audio ucapan perdana menteri mengenai pengalaman dalam politik dan kerajaan yang dimuat naik di laman blog www.najibrazak. com kelmarin.

Najib berkata beliau juga menerima banyak tohmahan daripada pihak-pihak yang mempunyai agenda peribadi dan menggunaka­n isu tertentu untuk mengaburi mata rakyat bagi meraih sokongan.

“... tetapi inilah asam garam politik. Walau bagaimanap­un, saya tetap istiqamah, ikhlas meneruskan perjuangan untuk memajukan agama dan negara.

“Saya tidak ada niat lain daripada matlamat tersebut dalam perjuangan saya,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan rasa syukur kerana disertai anggota Jemaah Menteri yang mampu menjalanka­n tugas dengan baik, dan membolehka­n rakyat menjalani hidup harmoni.

“Pengalaman 40 tahun saya inilah yang membolehka­n saya masih teguh berdiri bagi berkhidmat untuk negara dan menempuhi segala cabaran yang mendatang,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia