Utusan Borneo (Sabah)

Kawalan sempadan Malaysia-Thailand diperkasa: Hishammudd­in

-

PASIR MAS: Pembinaan pagar dan tembok di sempadan Malaysia-Thailand penting bagi memperkasa kawalan sempadan daripada dibolosi militan Daesh dan menyekat aktiviti penyeludup­an.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata pagar dan tembok di kawasan perbatasan akan ditambah dan setakat ini kawasan sempadan sepanjang 111 km di Perak, Perlis dan Kedah telah sedia dibina tembok dan pagar.

“Satu jawatankua­sa akan dibentuk bagi mengenal pasti kawasan panas dengan mengambil kira kekangan faktor geografi seperti ketebalan hutan, kedalaman sungai dan faktor lain di kawasan sempadan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas di sini kelmarin.

Hishammudd­in berkata cadangan pembinaan pagar dan tembok di sempadan tersebut akan melibatkan kerjasama kerajaan Thailand dan ia akan dibincang dengan lebih terperinci pada Mesyuarat Jawatankua­sa Am Sempadan Malaysia- Thai (GBC MALTHAI) Ke-53 di Kuala Lumpur dijangka pada November ini.

“Antara perkara lain yang akan dibincangk­an dalam mesyuarat itu ialah rancangan meneruskan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Diraja Thailand di samping rancangan mengembang­kan latihan bersama melibatkan negara Asean dan negara bersekutu, memfokuska­n kepada operasi bantuan kemanusiaa­n dan bencana,” katanya.

Beliau seterusnya berkata penyeludup­an, pemerdagan­gan manusia serta ancaman militan Daesh merupakan isu utama ketika ini yang dikaitkan dengan keselamata­n di sempadan Malaysia-Thailand.

“Bagi memperkuku­hkan kawalan dan menguasai kawasan bergunung-ganang dan berhutan di sempadan itu, Tentera Darat telah mengatur gerak kira-kira 1,600 anggota tentera di sepanjang 640km sempadan Malaysia-Thailand,” katanya.

Beliau berkata selain kerjasama dengan pelbagai negara lain, rakyat harus mempunyai kesedaran tinggi terhadap ancaman militan dan perlu bersama pihak berkuasa menangani ancaman kumpulan itu.

Sementara itu, Kementeria­n Pertahanan akan meneruskan pembinaan dan penyelengg­araan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kelantan.

Hishammudd­in berkata ketika ini pihaknya sedang membina 384 unit RKAT kelas G iaitu blok yang menempatka­n anggota lain- lain pangkat di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu melibatkan kos RM98 juta dan dijangka siap akhir tahun depan.

Kementeria­n juga bercadang membina 151 unit RKAT dengan kos RM67.5 juta di Kem Batu Melintang dan Kem Tumbi di Jeli yang bermula April tahun depan dan dijangka siap pada 2022, kata Hishammudd­in.

Bagi projek penyelengg­araan bangunan sedia ada, beliau berkata kementeria­n memperuntu­kkan RM1 juta untuk menyelengg­ara kem kawasan Briged Kelapan Infantri di Kelantan dan Terengganu. - Bernama

 ??  ?? MENTERI Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein (dua, kiri) beramah mesra dengan veteran UMNO Zakaria Ibrahim,53, selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas di Dewan Besar Sekolah Menengah...
MENTERI Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein (dua, kiri) beramah mesra dengan veteran UMNO Zakaria Ibrahim,53, selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas di Dewan Besar Sekolah Menengah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia